Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Followers

Wednesday, September 28, 2011

Khasiat Pokok Sambung Nyawa


Tetibe aku teringat pokok sambung nyawa aku kat KK, aritu balik sana masa cuti, mcm dah nak mati je...sygnye, dah la susah nak cari benih... aku punye ni dpt benih dari kak faizah (ex-officemate), sanggup aku bwk pindah ke KK... biasanya klau mkn, ulam daun sambung nyawa...sedap, lagipun byk khasiatnya...



So...ni ada sikit info utk pengetahuan kita semua....

Nama Saintifik : Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbens Lour.

Nama Lain : Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan spinach, Sambung Nyawa, Daun Dewa, Am Akar, Akar sebiak, dan Kelemai merah, bai bing coa, ngokilo (Jawa), beluntas cina (Melayu), she juan jao @ fujung jao (Cina)

Famili : Asteraceae




Pengenalan

Sambung Nyawa adalah jenis tumbuhan tahunan yang banyak digunakan dalam perubatan di negara-negara asia tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Namun sebenarnya ia adalah tumbuhan asli Mynmar dan Cina. Ia boleh hidup dalam lingkungan ketinggian 1 hingga 500 meter dari paras laut. Ia mudah membiak melalui keratan batang dan mudah tumbuh di kawasan yang agak redup, intensiti cahaya pada kadar 40 – 50 %, suhu udara berkisar antara 20 – 30 C dan mempunyai kelembapan yang sederhana, dengan taburan hujan tahunan antara 1500 – 2500mm. Tumbuh dengan batang menegak, atau kadang-kadang bagian pangkalnya rebah di atas tanah dan keluar akar, berbatang basah, bercabang, berwarna keunguan. Boleh mencapai ketinggian 6 meter dan berbau harum. Daun tunggal, agak tebal, mudah dipatahkan, bertangkai serta berseling. Helaian daun berbentuk bulat telur sampai memanjang, ujung dan pangkal runcing, tepi berjerigi, pertulangan menyrip, berwarna hijau muda. Bunganya berwarna jingga kuning, berkelamin ganda namun ia didapati amat jarang berbunga.

Penanaman dan Pembiakan

Selain faktor-faktor persekitaran pokok sabung nyawa ini perlukan tanah yang subur, gembur dan mampu menahan air. Sebaiknya pada kadar keasaman pH sekitar 5.5 – 7. Ia membiak melalui keratin batang. Perlukan agak banyak air, tetapi tidak terlalu bash dan bertakung.

Kandungan Kimia dan Kesan Farmakologi

Kandungan kimia daun sambung nyawa antara lain, flavonoid (7, 3, 4 trihidroksi-flavon), glikosida kuersetin, fenoleat asid (terdiri dari kafeat asid, penta kumarat, penta-hidroksi benzoate dan vanilat asid) triterpenoid, alkaloid, saponin dan tannin.

Tumbuhan ini bersifat dingin dan neutral. Khasiatnya antara lain ialah antineoplastik, menurunkan panas badan, mengobati sakit limpa, sakit ginjal, sakit kulit,  menurunkan tekanan darah, menurunkan gula darah, antimicrobial, antikarsinogenik, sitotoksik terhadap sel kanser, hipertensi, stroke, penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, gangguan lambung, radang pita suara, radang tengkuk, batuk dan sinusitis.

Kegunaan Dan Khasiat

Daun Sambung Nyawa dapat mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang. Biasanya ia dimakan mentah sebagai ulam. Batang tanaman Sambung nyawa sering digunakan untuk meredakan demam.

Ia juga, digunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Di samping itu, ia boleh digunakan untuk menghentikan perdarahan, mengatasi ketidakseimbangan datang haid melancarkan fungsi ginjal, dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku (haematom), pembengkakkan, serta patah tulang.

Cara Penggunaan

Untuk ubat  yang diminum, rebus 7 hingga 12 helai daun segar, sementara untuk pemakaian luar, giling daun segar hingga lumat dan tempelkan ditempat yang sakit.

Monday, September 26, 2011

Sabar Menghadapi Setiap Dugaan

Semalam ptg lebih kurang kul 2.00 pm, aku dapat panggilan telefon dr adik, dgn nada sedih dia ckap.."awk, aku accident..." Astaghfirullahal'azim...menggigil aku. Syukur alhamdulillah dia tak ape2, cuma kereta yg teruk... dia accident kat susur keluar tol Ayer Hitam, Johor masa on the way dr KL ke Johor... Ya Allah Ya Tuhanku yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, hanya Engkau yg Maha Mengetahui akan segala2nya...
Actually adik aku yg 2nd last ni nak kawin dh...majlis pernikahannya tinggal 2 mnggu je lg, tu yg sibuk ulang alik KL - Johor nk wat persiapan majlis.... mmg betul2 ujian dr Allah SWT...semoga dia tabah & sabar menghadapi semua dugaan...teringat masa aku nk kawin dulu pun cmtu gak, dugaan... masa tgh sibuk wat persiapan, banjir kat umah... abis semua brg2 angkut bwk pegi Dewan kat kg tu.... Lain org lain dugaannya... Allah masih syg kat kita, sbb tu kita diuji dgn mcm2 dugaan...sebagai hamba-Nya lemah & kerdil, kita perlu redha dgn segala ketentuan qada' & qadar dari Allah SWT...


Ni la adik aku...Winda dgn keta MyVi kesayangannya


Keadaan kereta yg agak teruk masa kejadian accident



Masa kereta kena towing


"Wahai org yg beriman! Mintalah pertolongan utk mghadapi susah payah dlm menyempurnakan sesuatu perintah Allah dgn sabar dan mendirikan sembahyang kerana Allah itu Penolong bagi org2 yang Sabar".                (Al-Baqarah 1:153)

"Demi sesungguhnya kami menguji orang2 yg sabar itu dgn sedikit perasaan ketakutan, kelaparan, kehilangan harta benda dan orang tersayang dan hasil perusahaan. Khabarkanlah Muhamad berita gembira ini kpd mereka yg bersabar". (Al-Baqarah 1:155)

"Orang2 yg bersabar itu ialah mereka yg apabila ditimpa dengan ujian maka mereka akan berkata, 'sesungguhnya kita milik Allah dan kepada Allahlah kita akan dikembalikan'. Mereka ini beroleh Rahmat dan Kebaikan dari Allah serta mereka itulah orang2 yg mndapat petunjuk". 
 (Al-Baqarah 1:156-157)


Sunday, September 25, 2011

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR




Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'Allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah S.W.T. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Thursday, September 22, 2011

Tiada Duka Yang Abadi


Tiada Duka Yang Abadi - Opick



Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiringi
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini


Monday, September 19, 2011

Mencari mood study

Adoyaiiii.... ke mana hilangnya mood study aku ni??? rase cam stress la plak. Tgk buku cuma nampak huruf2 + nombor2 + formula2.... aaargghhhhh!!!! Ya Allah Ya Tuhanku, kembalikan semangatku utk belajar, kuatkan semangatku utk menempuhi cabaran hidup ini... Liza2, dah x lama dah, tinggal 2 bln je...2 bln je lg.... 2 bln je lg...... sabar ok!!!






Saturday, September 17, 2011

Selamat Menyambut Hari Malaysia & Hari Merdeka

Selamat menyambut ulangtahun Kemerdekaan ke-54 dan hari Malaysia buat semua warga Malaysia. Sesungguhnya kita patut bersyukur kerana tinggal dlm negara yg aman makmur walaupun berbilang kaum dan berbeza adat budaya. Semoga keamanan negara kita terus kekal sampai bila2 hingga ke anak cucu nnti. Saya bangga jadi Anak Malaysia!!!! Seronoknya tgk sambutan yg ssgt meriah & perbarisan kontijen2 yg terlibat...tgk kat tv je, hehee ^_^



Jom deco2 nak cantikkan bilik....

Sebenarnya byk ssgt benda nak buat, study, assigment, mini project....tp mlm rabu aritu kitorang pegi mkn, trnmpak 1 gerai tu...1 brg 1 inggit...ade byk sticker wall paper... ape lg, beli je la... murah je, x rugi pun....yg penting, bilik aku & kila nampak lebih ceria... bila boring2, tgk wall yg ceria, best je.... nak tgk x???? ni la hasil nye.....










Tuesday, September 13, 2011

Hakikat Hari Raya

Assalamu'alaikum wat semua....ermmm, arini dah 15 Syawal 1432H...masih lum terlambat utk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin wat semua yg mengenaliku....dan Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yg ke-54....  rasa2nye dh agak lama aku x update My Lovelyz World, rindu ssgt... kdg2 smpat jenguk je, tp x sempat nk update... al-maklum la....





So, camane dgn sambutan raya korang semua??? Mesti best & meriah kan.... Aku??? Yg sebenar2nya aku x suka raya.... patut ke aku cakap mcm tu???  Tp itu la hakikatnya... bagi aku, hari raya yg paling best pernah aku sambut cuma waktu arwah mak & arwah abah masih ada.. skrg bila org tua aku dh x ada lg, hari raya dh x ada makna apa2 lg... mmg la Aidilfitri di sambut utk meraikan kemenangan selepas berpuasa sebulan dlm bln Ramadhan, itu lah yg sepatutnya... Walau apa pun, time2 raya tu la semua keluarga berkumpul... ermmm, kdg2 mmg aku jelesss ssgt tgk org hidup bahagia, masih ada org tua..sempat nk balas jasa org tua... tp aku?? walaupun sedih, tp aku  tetap redha dgn qada' dan qadar dari Allah SWT.....

Tahun ni, tahun ke-24 beraya tanpa arwah mak & tahun ke-16 beraya tanpa arwah abah.... pejamcelik2 x terasa, mcm baru semalam je arwah mak & arwah abah pergi.... dan tahun ke-4 beraya sbg isteri En. navy, heheee....:) thn ni aku happy sikit sbb turn mlm raya kat kg aku....dpt la main2 bunga api ngn anak2 sedara aku...

....satu hal yg paling buat aku tensen time2 raye ni, beraya umah makcik2 hsband aku...sbb aku dh naik muak dgn soalan cepu emas yg x jemu2 disoal...diorg dh tau jawapan tp msih nk tnya soalan yg same setiap kali jumpa....aku BOSAN!!!!!  kenapa la org x pernah fhm isi hati aku... mane ade org kawin yg x nk anak...klau boleh aku nk skrg jgk, biar org2 yg kepoh byk mulut tu snyap sikit... tp aku sedar, aku cuma insan kerdil, makhluk Allah yg x sempurna...walaupun aku & hubby x ada sebarang masalah kesihatan, tp segala Ketentuan, mcm jgk ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki, anak... semuanya Allah yg menentukan... aku tetap sabar, tabah & redha... aku msih teruskan mcm2 ikhtiar tanpa putus asa.... biarlah apa mulut org nk cakap, yg penting hanya Allah yg Maha Mengetahui segala2nya....

Berdua Bersatu - Forteen

Sejak dengar lagu ni, aku terus jatuh hati....sdap ssgt suara, lagu pun best...pastu adik2 Forteen ni ensem ssgt, hehee... full package.... Ape2pun gud luck kat diorg, moga terus success... tak sabo nak tnggu full album, msti  lagi best.... teringat plak zaman muda2 dulu, klau fanatik kat artis msti sntiasa follow prkmbangan artis tu...  tp time dulu2 mane de fb, so klau nk follow kena rajin beli majalah pastu tulis surat, hahaa...mcm klakar plak... skrg dh snang, follow je kat fb...ari2 dpt tau prkembangan diorng... ermmm, tak salah kan, heheee...:)





Lirik Berdua Bersatu – Forteen



Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga

Bagai ada tak merestu

Kita berdua bersatu

                                                    Atau mungkin kau dan aku

Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu



                                                     Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu

Cinta selain darimu

                                                        Chorus
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah
Biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu

Kita berdua bersatu

                                                    Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu

Cinta selain darimu
Ulang Chorus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...