Saturday, December 31, 2011
Berakhirnya 2011...Selamat Datang 2012
Tahun 2011 bakal melabuhkan tirai....dan 2012 bakal muncul dengan pelbagai azam, misi, visi dan sebagainya. Persoalannya, adakah azam 2011 telah tercapai? Bagi aku...alhamdulillah azam utk 2011 telah tercapai... untuk tahun 2012 ni, mcm2 perancangan aku...insya'Allah semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT.
Penghujung 2011, aku diduga dengan penyakit yg datang tiba2... sakit perut yg aku sangka cuma gastrik biasa, rupa2nya appendiks. 22hb Disember 2011, aku admitted kat Sabah Medical Center (SMC)... 25hb Disember 2011 baru keluar wad... dpt MC dari 22hb Disember 2011 sampai 6hb Januari 2012... baru masuk keje 1hb Disember 2011, dah kena MC la plak... baru berazam tak nak MC, heheee..:) Tp segalanya telah ditentukan oleh Allah SWT. Suka duka, sakit sihat...semuanya Allah yg tentukan. Kita manusia biasa, hanya mampu merancang, tp segalanya Allah jua yg menentukan. Syukur Alhamdulillah, dari aku masuk wad sampai sekarang ni aku lum brapa sihat...hubby yg jaga. Bertuahnya aku dikurniakan seorang suami yg sgt2 penyayang dan bertanggungjawab.... Harap2 semoga aku cepat sembuh... ermmmm, lagi satu.. kesian 'my boyfrend' terpaksa parking kat ofis sampai skrg ni...aku x larat nak drive masa aku sakit perut teruk tu.. x pe la, mudah2an selamat kat sana... skrg ni aku masih berpantang mkn, masih lum sihat sgt.... ape2 pun, aku sabar dgn dugaan sakit ni...mungkin ade hikmah disebaliknya....
Penghujung tahun 2011 juga, adanya fenomena drama Tentang Dhia dan filem Ombak Rindu...sesape yg menonton & ikut jalan cerita sampai abis bleh menitis air mata, menghayati watak para pelakonnya..... ape2 pun, 'Tentang Dhia' & 'Ombak Rindu' dah berakhir....2011 pun bakal berakhir... meninggalkan seribu kenangan suka duka, pahit manis dan mcm2 lg... setiap skrip ada 'ending' cerita sama ada 'happy ending' atau sebaliknya... tp hidup kita sebagai manusia, selagi masih bernyawa....masih panjang lagi jalan ceritanya, masih panjang lagi laluannya, masih panjang lagi liku-liku hidupnya.... jadi persiapkan diri dengan perisai ilmu pengetahuan agar laluan hidup dipermudahkan untuk sampai ke puncak kejayaan di dunia dan akhirat, Insya'Allah....
Selamat tinggal tahun 2011... Selamat datang tahun 2012. Tambah lagi setahun usia meningkat, peringatan ajal makin dekat, beringat sebelum terlambat, banyakkan amal & taubat. Harapan agar tahun 2012 memberi seribu sinar kebahagiaan buat semua.
Saturday, December 17, 2011
Kenali Buah Zuriat
Sebelum ni aku langsung tak penah dengar buah zuriat...lepas abis study, misi nak dpt baby mesti diteruskan...so, dgn bantuan Mr. Google, aku pun search mcm2 yg berkaitan ngan kesuburan...sampai la aku terjumpa info berkenaan 'buah zuriat'... wahhh...aku mesti dptkan, yesss, mesti!!!! siapa tau dgn ikhtiar tu, Allah permudahkan rezeki utk dpt baby....
Antara info-info dari bloggers (thanks to bloggers) :-
Info 1 :
Sebenarnya buah zuriat ini dikenali sebagai buah adam/ buah zuriattin/buah koka. Semuanya sama. ia adalah buah asal dari pokok koka yang sekarang ramai orang dok sibuk beli buat gelang pakai kat tangan.
Pokok koka ini ialah pokok yang Nabi Noh a.s. gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir dulu.
Dikatakan buah zuriat ini amat berkhasiat. Bila direbus ia boleh menyebabkan kita hamil dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.
Buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. Ia adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Dalamnya macam sabut kelapa.
Cara Keguaan:
Belah biji zuriat itu dan rebus biji dan sarungnya sekali. sehingga tukar warna seperti warna teh. Disarankan minum selama 44 hari.
(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)
Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)
Ni la rupa buah zuriat tu.... |
Buah zuriat dibelah utk dptkan isi.... |
Antara info-info dari bloggers (thanks to bloggers) :-
Info 1 :
Buah ini sangat popular kepada pasangan yang sudah berkahwin tetapi masih tidak memiliki zuriat. Asal-usul buah ini tidak diketahui secara jelas. Yang pasti buah ini selalunya diperolehi di Mekah atau Makkah, juga di Madinah. Para jemaah haji dan umrah yang ke sana bisa sahaja menjadikan buah ini sebagai ole-ole kepada keluarga, sanak saudara dan rakan taulan sekembalinya ke tanahair terutama untuk mereka yang masih tidak mempunyai zuriat dan ingin menambahkan zuriat. Tidak semua tempat di Makkah dan Madinah boleh diperolehi buah ini. Malah, jika saudara bertanyakan buah ini kepada penduduk Makkah dan Madinah, malah kepada peniaga di sana, masih ramai yang tidak mengetahuinya. Ini menimbulkan persoalan lain samada buah ini memang berasal dari Makkah dan Madinah ataupun sebenarnya di bawa masuk dari tempat lain. Mungkin saudara ada jawapannya?
Jika saudara/i mempunyai rezeki dan kelapangan untuk ke Makkah dan Madinah, mungkin tempat yang paling ‘masyhur’ sekali untuk membeli buah zuriat ini ialah di Jabal Uhud di Madinah. Atau mungkin juga boleh cuba cari di Pasar Kurma. Jika di Makkah, boleh mencari sekitar masjid Makkah di kedai yang menjual buah kurma atau inai dan herba kering. Kadang-kadang buah ini pun boleh terselit di kedai jual tasbih juga! Paling senang ialah bertanya orang di sana samada mutawwif atau mereka yang berniaga di sana. Malu bertanya, sesatlah jalan.
Namun di Malaysia, buah ini memang sukar sekali untuk dimiliki. Lazimnya hanya diperolehi oleh mereka yang pulang mengerjakan haji dan umrah. Oleh sebab itulah, kami mengambil inisiatif untuk menjual di sini supaya lebih ramai yang boleh mencuba buah ini. Walaupun, tiada kajian saintifik di jalankan berkenaan khasiat buah ini, namun dari segi testimonial dan pengalaman pengguna, sudah ramai yang mendapat manfaat positif. Buah ini juga bukan sahaja dikatakan mampu meningkatkan kesuburan seseorang, malahan mampu merawat masalah keputihan dan darah rendah.
Akhir kata, saya ingin mengingatkan kepada semua Muslim & Muslimah supaya menjaga aqidah kita. Ada juga saya jumpa di sesetengah forum mengatakan buah ini boleh mendatangkan rezeki, malah jika disimpan di dalam rumah, rezeki akan bertambah. ITU SYIRIK!. Buah ini hanya satu sediaan dan usaha tradisional untuk meningkat kesuburan dan menambahkan peluang untuk hamil berdasarkan track record turun temurun masyarakat terdahulu. Buah ini sendiri tidak ada kuasa, hanya Allah yang Maha Kuasa. Kita hanya berusaha dengan buah ini yang mungkin mempunyai khasiat tersembunyi yang masih belum dibongkar oleh manusia.
Sumber Dari : http://buahzuriat.wordpress.com/
Info 2 :
Pokok koka ini ialah pokok yang Nabi Noh a.s. gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir dulu.
Dikatakan buah zuriat ini amat berkhasiat. Bila direbus ia boleh menyebabkan kita hamil dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.
Buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. Ia adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Dalamnya macam sabut kelapa.
Cara Keguaan:
Belah biji zuriat itu dan rebus biji dan sarungnya sekali. sehingga tukar warna seperti warna teh. Disarankan minum selama 44 hari.
(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)
Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)
Sumber Dari : http://info-herba-kenali-buah-zuriat
Friday, December 16, 2011
Aku Mencintaimu Kerana Allah
“Aku mencintaimu kerana Allah”…
Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku mendoakanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ...
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju
untuk kebaikan …
Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan
penuh keikhlasan …
Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya
kerana Allah….
Suamiku, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya
kerana Allah…. Amin Ya Robbal Alamin....

Wednesday, December 14, 2011
Antara Delete, Copy & Paste
• INSTALL anti-virus ego & putus asa
â
â
• REFRESH peribadi kita yg mulia
â
.
.
.
.
.
• COPY & PASTE semua pengajaran dari pengalaman & ilmu yg bermanfa'at....
Monday, December 12, 2011
Berakhirnya sebuah debaran
Arini...berakhir la sebuah debaran....Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku bersyukur pada-Mu.... Lepas abis final paper 23.11.2011, maka bye2 la for student life....kini aku kembali menjalani hidup yg normal (sebagai penjawat awam) yg berkhidmat utk negara....heheee...:) dan sebagai isteri sepenuh masa utk suamiku yg tercinta... so, rutin harian kembali seperti asal....
Dan arini 12.12.2011....result exam yg dinanti2 pun keluar!!! Fuhhhh...trsgt2 la berdebar, mcm2 yg aku fikirkan.... tp hubby ckap...abg yakin ayg boleh, insya'Allah.... so, aku pun try log in, tp line very2 busy sbb msti ramai student tgh log in check result.... try n try n try.... finally, my result???? Ya Allah Ya Tuhanku...Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah....aku lulus penuh....CGPA pun ok, sama mcm sem. yg lepas, x turun x naik....aku happy ssgt....Syukur yg x terhingga pada-Mu Ya Allah....lpas ni, mcm2 planning aku...mudah2an Allah permudahkan segala urusan....
Saturday, December 10, 2011
Indahnya Bercinta Selepas Kahwin
Wow!!! cam best je tajuk ni kan, heheee...:) actually ade sorg rakan bertanya pada aku, bercinta sebelum kahwin atau bercinta selepas kahwin lebih bagus??? dan apa yg aku rasa bila bercinta selepas kahwin? so, aku jwb la... bercinta selepas kahwin la lebih bagus & lebih afdhal... perasaan aku??? alhamdulillah, aku bersyukur ssgt dpt rasa keindahan bercinta selepas kahwin, heheee... nak tau kenapa??? sebab paling utama, bercinta selepas kahwin lebih mesra, lebih bermakna, lebih bahagia dan mcm2 lebih lagi la, sbb dah ada ikatan yg sah... nak buat apa2 pun dah tak perlu risau atau takut2 sbb dah ada cop halal (sijil nikah la...)
ehem2, nak cite ni... kena flashback balik memori masa mula2 kenal dulu ngan my hubby tersyg...sebenarnya pertemuan aku diaturkan oleh ex-officemate aku a.k.a makcik my hubby, tanpa pengetahuan aku...kira mcm blind date la tu...
Sblm kenal hubby, aku bercinta sakan ngan ex-boyfren, siap dh kenal family...tup2 dia kawin ngan org lain. Hati aku hancur, Allah saje yg tau betapa aku kecewa yg teramat ssgt...sjak tu aku tak percaya lelaki. Pada aku, lelaki semua sama...PENIPU!!!.... Rupa2nya hubby aku pun masa tu baru putus tunang... so, dua2 tgh frust...dan dua2 keras hati...
Ex-officemate aku tu selalu tanya... "liza, u ni tak de bf ke? tgk cm solo je...fkr2 la, umur makin meningkat...." ermmm, nak tau ape aku jwb... dgn bangganye aku jwb.."ermmm, nk kawin ngn sape, bkn ade bf pun...tak yah kawin pun tak pe, aku bleh hidup tanpa lelaki!!!!...." bile teringat blik insident tu, aku rasa betapa ckap besar nye aku....hahaaa.... tp ape2 pun, aku setuju ssgt dgn pepatah ni "kalau dah jodoh tak ke mana..." sbb walaupun jumpa baru sekali, kalau nak jd jodoh...terus jd... dengan izin Allah... ermmm, tak nak cite pjg2 la, ckup la setakat tu je... :)
p/s : actually entry ni dah lama dah...baru publish, heheee...
Just nak share info ni...tq to artikel.iluvislam
Sumber dari : http://www.iluvislam.com

Indahnya bercinta selepas kahwin, hanya akan dirasasi oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya.
Namun bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi.
Walhal,yang sebenarnya Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.
Terdapat banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan.
Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin :-
Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan. Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat. Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin. Segala maksiat akan dapat dielakkan.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan. Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
"Manusia akan bercinta lagi disyurga, tempat pertama yang melahirkan cinta. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai."
"Manusia akan bercinta lagi disyurga, tempat pertama yang melahirkan cinta. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai."
Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan, tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri. Kata mereka, zaman dah berubah, dunia dah maju. Hidup hanya sekali.
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan, tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri. Kata mereka, zaman dah berubah, dunia dah maju. Hidup hanya sekali.
Bercinta bagai nak rak, bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan, lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka, hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.
Ungkapan-Ungkapan romantis seperti
"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing.

Pasangan yang mendengarnya pula, tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu. Maka, mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya. Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ke telinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta. Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka, dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan. Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung. Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
"Cinta apakah namanya ini, jika tidak ada dating, calling, chatting, sms romantik, surat cinta, bersentuhan tangan, kerlingan dan senyuman."

Renungilah Firman-Firman ALLAH:
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1)
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)
Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia: isteri solehah, berwangi-wangian dan sejuk mata (jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia: isteri solehah, berwangi-wangian dan sejuk mata (jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).
"Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya".
Marilah kita sama-sama renungkan samada kita tergolong dalam manusia yang beriman atau sebaliknya....
Monday, December 5, 2011
Bagaimana Menghadapi Masalah
Langkah-langkah menghadapi masalah:
1. Kikiskan segala pemikiran yang tidak elok.
2. Kawal perasaan kita. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran.
3. Kosongkan kotak pemikiran kita daripada perasaan-perasaan sedih atau bermuram durja dan apa juga perasaan negatif seperti kita mengosongkan poket.
4. Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif.
5. Berbuat baik kepada orang lain. Dengan menolong dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenteraman, menaikkan rasa hormat diri dan bangga diri.
6. Seelok-eloknya cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat cara terbaik memecah kebuntuannya. Secara tidak langsung ini akan melatih diri kita, menjadi lebih matang untuk menghadapi pelbagai permasalahan hidup.
7. Bunuh perasaan negatif seperti takut dan rendah diri sekarang juga!
8. Ingatlah sebenarnya kita bukan keseorangan, Allah sentiasa bersama kita.
9. Anggaplah diri kita lebih besar dan lebih tinggi daripada masalah itu dan usahlah gentar untuk menghadapinya.
10. Susun segala kesulitan dan masalah di atas kertas satu persatu. Masalah akan nampak lebih nyata dan separuh daripada masalah tersebut sebenarnya telahpun diselesaikan, apabila kita menyusun satu persatu mengikut keutamaannya. Masalah lain akan dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan cepat.
11. Programkan semula pemikiran dan amalkan prinsip pemikiran positif. Perkara yang mustahil akan menjadi lebih mudah.
12. Jangan sekali-kali bertindak secara emosional kepada kritikan sehingga menjejaskan penilaian sebenar. Analisa diri sendiri bagi memastikan sama ada ia betul atau tidak. Jika kritikan itu tepat, perbaikilah diri sendiri. Jika tidak, usah hiraukan, cuma beri perhatian.
13. Ingatlah bahawa setiap masalah ada jawapan dan jalan penyelesaiannya. Selidikilah puncanya dan carilah jawapannya!
14. Semasa dalam kesusahan, ingatlah Allah sayangkan kita dan akan sentiasa bersama untuk membantu kita. Setelah Allah menjadikan kita, Dia tidak akan sekali-kali membiarkan kita! Mohonlah petunjuk daripada-Nya. Insya'Allah semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT....
Subscribe to:
Posts (Atom)