Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Followers

Friday, November 29, 2013

Motivasi Untuk Keluar Dari Belenggu Hutang

Assalamu'alaikum dan salam sayang semua...
Semua orang berhutang. Tiada apa yang perlu dimalukan. Islam sendiri ada cara-cara berhutang yang betul.
Apa yang penting, berhutang ikut kemampuan kita dan bukan buat hutang mengikut apa yang bank beritahu kita.
Apabila kita berhutang di luar kemampuan, itulah yang selalu menyebabkan kita terperangkap dengan hutang-hutang lapuk.
Berikut adalah doa yang Nabi Muhammad saw ajar kepada kita yang baik untuk diamalkan pagi dan petang untuk mengatasi masalah bebanan hutang.



















Apa yang kita maklum, berdoa sahaja tidak menyelesaikan masalah. Duit tidak datang bergolek-golek selepas kita mengaminkan sesuatu doa. Namun doa yang Nabi saw ajar ini mengandungi pengajaran yang penting.
Iaitu 4 langkah yang perlu kita buat apabila mahu keluar dari bebanan hutang.

1. Hilangkan perasaan susah dan sedih

Mula-mula perlu buang perasaan negatif ini.
Kerana mereka yang mempunyai belenggu hutang yang besar secara automatik mempunyai perasaan gundah gulana sebegini. Iyalah, hutang sudah keliling pinggang. Takkanlah nak berjoget seronok pula.
Justeru, kita kena akui kita ada situasi hutang.
Ya, kena akui.
Bukan berada dalam dalam penafian (mode of denial).
Jangan tangguh. Hadapi situasi tersebut.
Ini adalah langkah pertama yang paling penting, akui kesilapan kewangan kita dan hidup mesti terus.

2. Tanam sifat rajin

Selepas berlaku jujur dengan diri sendiri maka langkah seterusnya adalah menjadi orang rajin.
Orang yang berjaya semuanya orang yang rajin.
Walaupun ulat bawah batu pun boleh hidup, tapi adakah kita mahu duduk bawah batu atau hidup dalam rumah yang besar?
Kena rajin bekerja, buat bisnes dan cari pendapatan tambahan.
Tiada alasan.

3. Kena jadi berani dan banyak bersedekah

Ada banyak keadaan memerlukan kita jadi berani.
Jika bos tidak menghargai kita dengan memberi gaji rendah, kita mesti berani berhenti kerja dan mencari kerja di tempat lain.
Bisnes pertama gagal, berani untuk tutup kedai dan mula semula dengan buat bisnes yang lain.
Yang paling penting, mesti berani menjual. Namun kebanyakan kita tidak berani menjual sedangkan Allah swt telah menghalalkan bisnes.
Dan pada masa yang sama, banyakkan beri sedekah, bantu orang lain walaupun kita masih lagi belum keluar dari belenggu hutang sepenuhnya.
Ya, jangan jadi kedekut dan bakhil. Jadilah orang yang pemurah untuk keluar dari belenggu hutang.
Give first, earn later.

4. Bayar hutang dengan sistematik

Apabila kita telah membuat 3 langkah yang awal, maka tibalah masa untuk kita menyusun semula hutang-hutang dengan baik supaya kita dapat menyelesaikannya dengan lebih cepat.
3 langkah sebelum ini menjadikan kita orang yang ada pendapatan lebih.
Namun jika duit lebih itu tidak dimanfaatkan untuk membayar hutang dengan sistematik maka kita tidak dapat keluar dari belenggu hutang ini dengan cepat.
Maka sebab itulah kita perlu berjumpa dengan pihak yang kita ada hutang dan membuat semula penstrukturan hutang yang sesuai. Ketika waktu beginilah kita menghadapi tekanan manusia lain khususnya tekanan pihak yang bagi / pembiaya seperti bank datang menuntut hutang daripada kita dengan pelbagai cara dan kaedah.
Ya, hadapi mereka dan berbincang secara baik.
Ada jalan keluarnya.

Usaha + Doa (Tawakal) = Bebas Hutang

Maka inilah fungsi doa dalam kehidupan. Setelah kita berusaha dengan cara yang betul, Allah akan menguruskan yang lain atau dengan maksud yang lain, bertawakal selepas kita berusaha.
Ingatlah, jangka hayat kita semakin berkurang, seharian kita terdedah kepada bahaya dan risiko walaupun ditempat yang paling selamat. Jika kita seorang bertanggungjawab kita tidak mahu membebankan diri, keluarga dan masyarakat ketika kita hidup atau meninggal dunia. Begitu juga orang yang kita sayangi, mereka juga memerlukan perlindungan supaya tidak membebankan kita di kemudian hari. Oleh itu, perlindungan diri, pengurusan kewangan, pengurusan harta dan hutang amat penting kepada setiap insan yang bernama manusia, dan ini semua, ditunjangi oleh pengurusan risiko.
Perlu diingat, risiko dan hutang perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.
Sumber : Blogger

Thursday, November 28, 2013

Kunci Kebahagiaan

7 Kunci KEBAHAGIAAN menurut Ali bin Abi Thalib r.a:



















1.❥ Jangan membenci siapapun, walau ada yang menyalahi hakmu...

2.❥ Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun problem memuncak...

3.❥ Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada...

4.❥ Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah...

5.❥ Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah...

6.❥ Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis...

7.❥Jangan putus mendoakan saudara ...






Orang yang bahagia bukan orang yang MENDAPAT mendapat segala yang terbaik di dunia, tetapi orang yang MENGGUNAKAN sesuatu dengan cara yang terbaik dari apa yang ada.

Kehidupan ibarat secawan KOPI. Pekerjaan, kedudukan dan wang adalah ibarat CAWAN. 
















Jika kita terlalu CEMBURU dan IRI HATI dengan cawan yang dimiliki oleh rakan, jiran dan musuh kita, kita TIDAK MENIKMATI air kopi yang di hadapan kita.

Jangan sia-siakan PERHATIAN dan JIWA kita pada cawan yang digunakan oleh mereka, tetapi berikan TUMPUAN dan NIKMATILAH air kopi yang sedang kita minum.

Kerana kebahagian kita bukanlah sesuatu yang dinilai orang, tetapi sesuatu yang kita nikmati …

Wednesday, November 27, 2013

Dari Jendela Diri
















Dari dataran banjaran damai hidup peribadi
Aku melontarkan pandangan ke bawah diri
Dari jendela diri
Ku buka cermin bestari
Bayangan dunia alangkah indah sekali
Yang kau isikan segala hiasan kesukaaan
Manusia pun leka memenuhi setiap keinginan
Antara segar bugar nafsu dari tenang perasaan

Kau anugerahi wanita dan anak pinak
Lengkap diri bersalut emas dan perak
Harta bertimbun
Rumah kebun
Sawah ladang
Dusun buah-buahan
Atau binatang ternakan
Hatta seekor kuda cekal tangkas terlatih
Lalai hati bertemasya tiada kenal sedih
Tetapi ku lihat damai itu bukan kesenangan
Kerana di sana sini masih manusia berlari
Berlari-lari mengejar kebahagian sejati
Terasa hidup diiringi selubung kemiskinan
Meskipun mewah diri miliki apa saja
Jiwa terseksa berpanjangan duka lara

Dari jendela diriku
Aku menaruh harap atas hamparan kalimat-Mu
Bahawa sesiapa yang berdoa kepada-Mu tetap akan kau terima hajat kalbu
Maka aku ini datang menagih janji-Mu 
Menadah mencari keampunan diri
Jadikanlah teratak diriku kediaman yang hidup
Terpelihara dari azab dan dosa-dosaku terlitup
Ku mohon pada-Mu jua keredhaan buat ku
Neraka itu akan tertutup pintu

Karya : A Aziz Deraman

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2014

Assalamu'alaikum dan salam sayang semua.....

Pejam celik dah hujung tahun 2013, macam tak terasa dah nak di ambang tahun 2014. So, khas untuk penjawat awam macam aku, perkara pertama paling penting mesti nak tengok tarikh gaji... betul tak??? kalau tak, memang tipu laaaa.... bukan ape, senang nak kira bajet bulanan.... kannn...

Kat bawah ni tarikh-tarikh pembayaran gaji bulanan tahun 2014.  Boleh juga tengok kat link ni
http://portal.anm.gov.my/























Sooo, selamat mengira-ngira bajet korang ekkk.... :)

Wednesday, November 13, 2013

Winter Sonata Forever

Yesss, memang aku peminat drama2 korea. Tapi Winter Sonata tetap carta teratas... aku tak tau la, tapi drama ni betul2 ada sentimental value....dari jalan cerita sampai la lagu2 soundtrack nye...

Tadi aku nak update lagu music dumper...saje cari instrumental lagu2 soundtrack Winter Sonata. So, korang2 selamat mendengar... halwa telinga yang ssgt syahdu... Ni antara lagu2 feveret aku, jom layan...












From The Beginning Till Now - Piano Instrumental

My Memory - Piano Instrumental

My Memory - Violin Instrumental

Missing You - Piano Instrumental

Missing You - Violin Instrumental

Just Because Of You - Piano Instrumental

Tears In Your Eyes - Piano Instrumental


So, kalau korang2 berminat nak update blog ke nak masukkan lagu-lagu....boleh la cari kat musicdumper.com. Macam-macam lagu ade...

http://www.musicdumper.com/



Saturday, November 9, 2013

CINTA






















Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?
ketika kita menangis?
ketika kita membayangkan?
itu kerana hal-hal terindah di dunia tidak terlihat.

Ketika kita menemukan seseorang yang
keunikannya sejalan dengan kita,
kita bergabung dengannya 
dan jatuh ke dalam suatu keanehan
serupa yang dinamakan cinta.

Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan,
seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan,
tapi melepaskan bukan akhir dari dunia,
melainkan suatu awal kehidupan baru,
kebahagiaan ada untuk mereka yang tersakiti,
mereka yang telah dan tengah mencari 
dan mereka yang telah mencuba
karena merekalah yang bisa menghargai betapa
pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan
mereka.

Cinta yang sebenarnya adalah ketika kamu
menitiskan air mata dan masih peduli terhadapnya,
adalah ketika dia tidak memperdulikanmu dan
kamu masih menunggunya dengan setia.

Adalah ketika dimulai mencintai orang lain dan
kamu masih bisa tersenyum dan berkata
"aku turut berbahagia untukmu".

Apabila cinta tidak bertemu bebaskan dirimu,
biarkan hatimu kembali ke alam bebas lagi.
kau mungkin menyedari, bahawa kamu menemukan
cinta dan kehilangannya, 
tapi ketika cinta itu mati
kamu tidak perlu mati bersama cinta itu.


















Orang yang bahagia bukanlah mereka yang selalu
mendapatkan keinginannya, 
melainkan mereka yang tetap bangkit ketika mereka jatuh, 
entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan.
kamu belajar lebih banyak tentang dirimu sendiri
dan menyedari bahawa penyesalan tidak
seharusnya ada, 
cintamu akan tetap di hatinya
sebagai penghargaan abadi atas pilihan-pilihan hidup
yang telah kau buat.

Teman sejati, 
mengerti ketika kamu berkata "aku lupa"
menunggu selamanya ketika kamu berkata "tunggu sebentar"
tetap tinggal ketika kamu berkata "tinggalkan aku sendiri"
membuka pintu meski kamu belum mengetuk dan
belum berkata "bolehkah saya masuk ?"
mencintai juga bukanlah bagaimana kamu
melupakan dia bila ia berbuat kesalahan,
melainkan bagaimana kamu memaafkan.

Bukanlah bagaimana kamu mendengarkan,
melainkan bagaimana kamu mengerti.
bukanlah apa yang kamu lihat, 
melainkan apa yang kamu rasa,
bukanlah bagaimana kamu melepaskan 
melainkan bagaimana kamu bertahan.

Mungkin akan tiba saatnya di mana kamu harus
berhenti mencintai seseorang, 
bukan kerana orang
itu berhenti mencintai kita 
melainkan kerana kita
menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia
apabila kita melepaskannya.

kadangkala, 
orang yang paling mencintaimu adalah
orang yang tak pernah menyatakan cinta
kepadamu, 
kerana takut kau berpaling dan memberi jarak, 
dan bila suatu saat pergi, 
kau akan menyedari bahawa dia adalah cinta yang tak kau sedari.

(Karya : Khalil Gibran)

Friday, November 8, 2013

Salam Jumaat

Assalamu'alaikum dan salam sayang buat semua...


Salam Jumaat penghulu hari
Banyakkan selawat muhasabah diri
Segala nikmat kurniaan Allah disyukuri
Semoga hidup dan mati mendapat redha Ilahi






















"Kehidupan diibaratkan seperti mengayuh basikal, untuk keseimbangan... kita perlu terus mengayuh, mengayuh dan terus mengayuh...."

Teruskan mengayuh...hidup perlu diteruskan. Sentiasa berdoa, berusaha, ikhtiar dan tawakal. Semoga menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.




p/s : ape2 pun, i loves friday... yeah, esok cuti...

Thursday, November 7, 2013

B.A.H.A.G.I.A

Assalamu'alaikum dan salam sayang buat semua....

Semoga hari ini dan hari-hari mendatang adalah hari yang paling bahagia buat kita semua. Kalau nak bahagia, senang je... ikut ni :

          B - badan yang sihat

          A - akal yang cerdas dan ceria

          H - hati yang tenang

          A - anak yang soleh dan solehah

          G - gurau senda

           I - iman yang kuat 

          A - amal soleh


Tips Memilih Rakan Menurut Islam

Assalamu'alaikum dan salam sayang buat semua...






















Ramai yang menganggap bahawa seorang individu yang memilih kawan adalah tergolong dari golongan yang cerewet dan ‘perasan bagus’, malah ada yang mengkritik tindakan seumpama itu dengan mengada-ngada serta tidak wajar dijadikan amalan.
Namun hakikatnya, ramai yang tidak tahu bahawa Islam sebenarnya menggariskan kepada umatnya untuk memilih di dalam menjalin persahabatan.
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
  1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
  3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
  4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  5. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Justeru itu, dalam memilih sahabat kita hendaklah bersikap memilih yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sebagai umat Islam di zaman moden dan serba maju ini, sewajarnya kita berhati-hati dalam memilih rakan kerana persahabatan itu mampu mempengaruhi kehidupan sama ada membawa kebaikan atau hanya bakal mendatangkan kerosakan kepada kita.
Sesungguhnya Islam memberitahu bahawa rakan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat, manakala rakan yang tidak baik pula hanya membantutkan usaha kita ke arah itu. Jadi, berhati-hati dalam memilih rakan bukan kerana 'pilih bulu' tetapi takut tersalah pilih kawan yang 'makan kawan'.

Sumber  : BLOGGER

Jangan Bersedih

Assalamu'alaikum dan salam sayang buat semua...

Bersangka baik kunci ukhwah.
Jangan berkecil hati jika orang lain salah faham pada kita.

Kerana Allah faham akan isi hati kita.

... Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita,

Kerana tiada hakim sebaik Allah.

Ketika bumi mulai bergoncang dan tanah mulai retak, ingatlah Allah bersama kita.

Dan ketika kita ditimbus tanah, ketahuilah hanya Amal yang setia bersama kita.

Tiada yang menyakitkan, tiada pula yang menakutkan jika hati ini terikat pada cinta kepda Allah dan Rasulnya.




Salam Maal Hijrah 1435H

Assalamu'alaikum dan salam sayang buat semua... 
Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Salam Maal Hijrah 1435H



Selamat menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1435H

Semoga Allah jadikan 

Subuh kita Cahaya...

Zohor kita Gembira...

Asar kita Bahagia..

Maghrib kita Keampunan...

Isyak kita Keberkatan...

Doa kita Diterima....

Rezeki kita Diberkati...

Serta Dibuka pada kita pintu Syurga tanpa sempadan...

Selamat berhijrah menuju Jannah...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...