Assalamu'alaikum dan salam sayang semua...
Pejam celik pejam celik tak terasa, rupanya arini genap 5 tahun dah aku dok kat Sabah dan 5 tahun juga aku bertugas di RTM Kota Kinabalu... Ahhhh, cepatnya masa berlalu... macam-macam pengalaman pahit manis sepanjang aku kat sini...
Pagi tadi keluar awal, pegi Jabatan Imigresen untuk renew passport terhad... korang yang dok semenanjung mesti kompius macam aku jgk dulu2... dah dok sini baru tau, rupa2nya orang semenanjung yg bermastautin atau bekerja di Sabah perlu mempunyai Passport Terhad.... ohhhh, baru tau...terasa mcm dok obersee plak i... heheee :) So, genap 5 tahun tamat tempoh sudah, kena la renew...
Ape2 pun aku sgt bersyukur pada Allah SWT kerana memudahkan urusan sepanjang kami tinggal di sini. Tempat yg agak asing bg kami sbb langsung tiada saudara-mara, cuma harapkan kawan2 dan jiran2 je... Aku pun lum pasti sampai bila dok kat sini, yang pasti hubby aku bersara lagi 3 tahun je... dalam tempoh 3 tahun tu, mcm2 boleh jadi.... tapi ape yang aku harapkan, cukup tempoh hubby aku bersara baru la aku mohon pertukaran balik ke semenanjung... bukan ape, kalau boleh malas nak berpindah-randah....penat weii... walau ape pun, kita hanya mampu merancang...hanya Allah yang menentukan segalanya... semoga kejayaan dan kebahagiaan akan mengiringi tahun2 akan datang ni... dan mudah2an Allah SWT merahmati serta memberkati kami... Amin
Thursday, December 26, 2013
Monday, December 16, 2013
MIS-BOSET (Minimum Industrial Standard - Basic Offshore Safety and Emergency Training)
Assalamu'alaikum dan salam sayang semua...
Aku nak share mengenai MIS-BOSET (Minimum Industrial Standard - Basic Offshore Safety and Emergency Training), semoga ia berguna buat semua.
Di Malaysia, MIS-BOSET merupakan kursus yang diperlukan bagi seseorang yang hendak bekerja di pelantar minyak. Kursus ini di iktiraf oleh PCSB, SHELL, EMEPMI, MURPHY, TALISMAN, NEWFIELD, NIPPON, PETROFAC, BHP BILLITON, CH MUTIARA, LUNDIN, TOTAL, KPOC, PCPPOC, HESS & MDC (production sharing contractors di Malaysia).
MIS-BOSET dilancarkan pada November 2010 oleh Petroleum Management Unit-Petronas, sebelum itu terdapat BOSET dan BOSET-R. Bagi BOSET sahaja mengandungi Offshore Safety Induction, Sea Survival, Helicopter Underwater Escape Training, Basic Life Support(First Aid) dan Basic Fire Fighting.Untuk BOSET-R sama seperti BOSET cuma tambahan Rebreather @ EBS (Emergency Breathing System). Untuk kedua-dua sijil ini sah selama 3 tahun.
MIS-BOSET pula mengandungi subjek Re-Breather, Helicopter Underwater Escape Training, Offshore Safety Induction, Sea Survival, Basic Fire Fighting, First Aid and Boat Transfer & Swing Rope). Sijil ini sah selama 4 tahun.
Berikut ialah training centre yang membuat kursus MIS-BOSET di Malaysia :
1- Construction and Industrial Safety Training Centre Sdn Bhd (CONSIST)
Lot 334, Batu 8, Jalan Ulu Kelang, 68000 Ampang Selangor.
2- SEQU Offshore Safety Sdn Bhd (SEQU)
Suite 8.3, 8th Floor, Heritage House, 33, Jalan Yap Ah Shak, 50300 KL.
3- MSTS Sdn Bhd
JOHOR - Oasis Complex, Johor Port, 81700 Pasir Gudang, Johor.
MIRI - Lot 2984, Block 5, Block G, Jalan Peninsula, Kg. Pulau Melayu, 98000 Miri, Sarawak.
4- Terengganu Safety Training Centre (TSTC)
Lot 3572, Jalan Panchur, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, 24000 Kemaman, Terengganu.
5- Akademi Laut Malaysia (ALAM)
Window Delivery 2051, Masjid Tanah Post Office, 78300 Masjid Tanah, Melaka.
6- Sribima Maritime Training Centre Sdn Bhd (SMTC)
Lot 20, Block 4, MCLD, PIasau Industrial Area, 1341, 98008 MIri, Sarawak.
7- Borneo Safety Training Services Sdn Bhd (BSTS)
Lorong Desa Senadin, Lot 4376, 98100 Miri, Sarawak.
Harga mungkin berbeza mengikut training centre masing-masing.
Sebelum mengikuti kursus ini, para peserta dikehendaki membuat offshore medical check up terlebih dahulu di PETRONAS Approved Medical Examiner.
Credit to : http://permysuri-story.blogspot.com

Friday, December 13, 2013
Terasa
Aku berdiri
Di antara tembok-tembok
Di antara tiang-tiang
Aku memandang
Ke arah sekeliling tembok itu
Ke arah celah-celah tiang itu
Aku tunduk
Memandang atas meja
Wujudkah aku di antara mereka?
Ya, memang aku sangat
Terasa.
Nukilan :
HerzaLyz
Julai 2013
Monday, December 9, 2013
Pengubat Kesulitan, Kesukaran dan Kesusahan - Surah Al Insyirah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1)
Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2)
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3)
Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5)
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7)
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). (8)
Tuesday, December 3, 2013
Pesanan
Pesan arwah abah,
Jangan tinggal solat,
Tapi kadang-kadang aku lalai,
Pesan arwah mak,
Tutup aurat jaga maruah,
Tapi kadang-kadang aku cuai,
Pesan ustaz,
Rajin-rajin mengaji,
Tapi kadang-kadang aku buat tak reti,
Pesan ustazah,
Jangan keluar rumah sebelum solat subuh,
Jangan tidur sebelum solat isyak,
Tapi kadang-kadang aku buat-buat lupa,
Pesan guru-guru,
Belajar rajin-rajin,
Tapi kadang-kadang aku malas,
Pesan pensyarah,
Belajar sungguh-sungguh,
Tapi kadang-kadang aku mengeluh,
Pesanan demi pesanan,
Dalam diari kehidupanku,
Cukupkah aku hanya sekadar mendengar pesanan?
Jangan hanya mendengar,
Jadikan pesanan sebagai amalan,
Nescaya ada sinar kebahagiaan,
Jadikan pesanan sebagai dorongan,
Nescaya ada jalan menuju kejayaan,
Jadikan pesanan sebagai ikutan,
Nescaya ada hikmah keberkatan.
Nukilan :
HerzaLyz
29 November 2013
Pekeliling Bonus Tahun 2013
Assalamu'alaikum dan salam sayang semua...
Rasanya umum dah mengetahui Pekeliling Bonus Tahun 2013 dah keluar.
Korang boleh rujuk sini ye Pekeliling Perkhidmatan Bil. 37 Tahun 2013
Ape yang aku dengar soseh2, ramai juga yang mengeluh kenapa bonus dapat bulan Januari 2014 bukan bulan Disember 2013... iye la, kebiasaannye bonus dibayar hujung tahun sebab masa tu la diorang banyak pakai duit untuk barang persekolahan anak-anak. Sejujurnya aku pun berharap dapat bulan Disember 2013 sebab roadtax kereta mati, so boleh cover sikit....heheee :)
Walau ape pun, syukur alhamdulillah dapat merasa bonus... tak kisah la bulan berapa pun, kannnn....

Subscribe to:
Posts (Atom)