Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Followers

Monday, January 20, 2014

Masanya Makin Hampir

Assalamu'alaikum dan salam sayang semua...

Detik demi detik berlalu, masanya semakin hampir.... My hubby sibuk ssgt dgn urusan pindah, nak angkut barang, cari rumah sewa n mcm2 lg urusan yg berkenaan. Aku... sibuk urusan keje, klau bleh nak settlekan semua keje2 yg tertangguh...insya'Allah.

Aku dah pun update HRMIS untuk memohon pertukaran ke Alor Gajah, Melaka atau mana2 jabatan yang berdekatan. Isnin minggu lepas 13 Januari 2014, dah la bidan terjun last minit kena amik minit Mesyuarat JPKA. Abis meeting, aku msuk ofis dapat sms... yg kelakarnye aku save no tu CheckSAMAN Polis, hahaaa :)  terkezut sekejap....



So, ni kali ke-2 aku terima panggilan temuduga untuk Gred W27... mmg aku berusaha untuk naik pangkat, bagi aku bukan pangkat tinggi yg aku kejar tapi tak kan selamanya nak duduk di kerusi yg sama seandainya peluang untuk memajukan diri ade depan mata. Sooo, jangan lepaskan peluang yg ade... berjaya atau gagal tu belakang kira, yg penting usaha terus usaha...yessss, chaiyok2!!!


Kali pertama kena pnggil temuduga, aku agak kurang yakin sebabnye terlalu byk persaingan... mana yg terpilih tu mmg betul2 bernasib baik.... mmg aku sedar aku bukan yg terbaik, tapi aku berusaha untuk jadi lebih baik.... dan kali ke- 2 ni pun, aku kurang yakin dan kecut perut...takut weiii.... yg membuat aku terkejut n agak terasa peluang tipis.... cuba korang tgk statistik pengambilan ni.... mak aiiii, kekosongan cuma 4 SAHAJA... Bilangan dipanggil temuduga, 2,358 orang termasuk aku la tu... Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya rezeki itu milikku... permudahkanlah... Di saat-saat aku memohon pertukaran balik ke Semenanjung, dapat pulak panggilan temuduga... mungkin semua sudah tertulis dan ada hikmah di sebaliknya... Wish me luck ye kawan-kawan!!!





Lagu Dalam Drama Balqis TV3


Malam tadi tgk Drama Balqis arahan Erma Fatima di TV3... sangat2 menyentuh hati. Serius, mmg sdey... Pandai ssgt adik Puteri Balqis bawa watak tu, pelakon cilik yg berbakat besar. Dalam drama tu, ade dgr lagu best... sooo, aku pun google... ni video lagu tu, jom layannn....


Wednesday, January 8, 2014

Permulaan Tahun 2014

Assalamu'alaikum dan salam sayang semua...

Permulaan tahun baru 2014 dengan berita yang agak mengejutkan... aku langsung tak menjangka. Kita insan biasa, hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segala-galanya. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih teratur walaupun kita tidak mengetahui hikmah di sebaliknya.

Detik 1 Januari 2014, sabah public holiday...so, dok umah rileks je la... tp my hubby keje, paham2 je la keje askar ni...time bz, bz ssgt... tghari dia balik makan, bgtau kena draf ke Klang...penempatan di Alor Gajah, Melaka, lapor diri 10 Februari 2014... Mak aiii!!! terkezutnye aku... iye la, katenye lg 3 thn nak pencen... ingatkan pencen kat sini... tetibe naik name kena draf plak. Maknanye aku kena uruskan mohon pertukaran dengan kadar segera, dah la gred W ni agak susah n lambat klau mohon pertukaran.... ermmm, terpaksa la dok sini ngan my baby ajim sementara tunggu dpt jawapan pertukaran tu. Serius aku mmg happy ssgt, akhirnya nak balik semenanjung...hoorayyyy... tp sedey sbb terpaksa dok berjauhan ngan my hubby buat sementara waktu... huhuu...



Dan lagi satu, sebenarnye aku tak sabar tunggu bln Mac 2014 ni...sebab family aku dtg sini holiday. Dah booking tiket AirAsia dari pertengahan tahun 2013 lagi. Kitorang dah planning baik punye, nak jalan2 kat Kundasang, g Pulau Manukan n mcm2 lg la... tp tetibe my hubby plak kena pindah semenanjung... planning tetap berjalan cuma mungkin ade perubahan sikit... mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kami. Memang sgt benarlah, kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segala-galanya. 

لاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

“Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil ‘Azim.”

Maksudnya : Tiada Daya dan Kekuatan  Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia.”

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamu'alaikum dan salam sayang semua....

Seminggu sudah berlalu, rasanya belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Tahun baru 2014. Melangkah ke tahun baru dengan semangat baru, sinar baru, azam baru... semuanya serba baru dengan harapan dan doa semoga jalan-jalan yang bakal dilalui sentiasa mendapat keredhaan Ilahi.


Dan yang penting, lupakan kisah-kisah sedih...tutup buku lama, buka buku baru. Hidup hanya sekali, jalani hidup dengan penuh kesyukuran atas apa jua nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.


Dan paling penting juga, semoga tahun baru ini menjadi motivasi untuk lebih berjaya di dunia dan akhirat. Mencari akhirat dalam mencari dunia, agar mendapat berkat menuju syurga... semoga Allah merahmati kita dalam apa jua keadaan... semoga sentiasa sihat tubuh badan, sihat akal fikiran, sihat jiwa, sihat iman dan sihat ekonomi agar kejayaan dan kebahagiaan hakiki dapat dinikmati. Insya'Allah, Amin....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...