Masa sem. 5 yg lepas, aku dah kena serangan charlie...nasib baik cuma kat lengan je, pastu dia cuma lalu je...tu pun, bisa ssgt....dkat beberapa bln baru baik, bekas parut pun x ilang lg. Last sem ni pun dia nak bg kenangan mengerikan jgk.... adoiiiiiii!!!!!!!!!!!!! Ya Allah ya Tuhanku, sakitnya.....
Pg ari sabtu aritu, bgn tido cm biasa... kat leher aku rasa gatal2 sikit, ingatkan kena gigit semut...aku garu sikit2, pastu mata pun gatal2 gak... tetiba mata aku bengkak, dah la mata aku ni ssgt la sensitif...pantang gatal ke, msuk abuk ke, mesti bengkak semcm... so, aku pun ingat benda2 biasa je... Pg ahad esoknya, bgn tido...mak aiii, makin bengkak...leher pun bengkak... aku x tahan sakit, trus pegi klinik... dah la nak cr klinik punye ssah, ari ahad byk klinik tutup la plak... last2 g klinik kat seberang jaya, doktor tu ckap mmg kena bisa charlie, dia dh sengat ngan ekor dia...nmpak ada bekas mcm kena inject... so, doktor bg injection hilangkan bisa, ubat mkn & ubat sapu...kesannya mmg mngantuk ssgt, blik umah lepas mkn ubat trus tido....trgendala nak wat homework...
Sian x??.. Penangan bisa charlie, dr bwh telinga kiri, tengkuk, leher & bahu... pastu mata kanan & kiri... |
Fakta tentang Charlie
Nama Am : Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta : Coleoptera : Staphylinidae)
Spesies Paederus fuscipes Curtis
Nama Tempatan : Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll.
Bilangan Spesies : Dianggarkan sekitar 47,000 spesies
Mempunyai saiz kurang daripada 1cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai "elitron". Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.
Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara rumput dan lain-lain. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering. Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwanyang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripadavenom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya.
Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang. Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan dengan segera.
Sumber : http://www.mpsp.gov.my/image/roveBM.pdf
No comments:
Post a Comment