1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya
di tangan kanan.
4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku
di tangan kiri ku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.
5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari
di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari
sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..
8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu dengan,
"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid,
surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap
yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya
yang tersendiri...
Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk
sedemikian rupa?
Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi
dalam menghayati Islam?
Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu....
Peringatan untuk diri sendiri dan semua yg saya sayang....
No comments:
Post a Comment