Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Followers

Sunday, April 22, 2018

Rindu Bertandang Lagi

Assalamu'alaikum dan salam sayang cinta lovelyz 😍

Last entry aku 21 Mei 2014, hari ni 22 April 2018. Perghhhhhhhhh...lama gilerrrr aku tak update apa-apa entry dalam blog kesayangan aku ni. Dah bersawang siap beranak-pinak spider...hahahaa 😂 Opkos la aku rindu gilerrrr nak mem'blogging' walaupun aku bukan penulis yang bagus. Tapi bila kongsi rasa atau pengalaman dalam blog, itu satu kepuasan buat aku. Best weiii, salah satu cara untuk meluah apa yang terpendam.

Pernah dulu, zaman-zaman kerajinan...selalu aku update entry baru. Paling malas pun seminggu sekali. Lepas abis zaman study, terus terbantut nak mem'blogging'. Maklum je la, bz teramat sangat. Kadang-kadang ada jugak mengintai-ngintai tingkap blog, hasrat nak update entry tu ada tapi tak kesampaian. Lagi satu, widget-widget dalam blog pun dah banyak yang error...entah la, sebab dah lama sangat kot.

Banyak sangat cerita suka-duka sepanjang tahun 2015, 2016, 2017 hinggalah sekarang 2018. Aku tak berkesempatan untuk kongsi kisah di blog. Nanti-nantilah aku sempatkan untuk kongsi kisah-kisah yang menarik untuk diabadikan dalam blog ni.

Buat masa sekarang ni, aku kena ambil masa sikit untuk update setting, layout, pages dan segala widget-widget bagi kemas-kemas sikit biar tak serabut mata. Dan lagi satu, rupanya banyak sangat entry aku yang sekerat jalan sangkut kat 'draft'. Mana yang patut, nanti aku habiskan untuk 'publish' entry tu. So, aku berazam untuk kembali aktif menulis di blog. Insha Allah, semoga Allah permudahkan. Aamiin.


Wednesday, May 21, 2014

Kisah Seekor Monyet Dan Angin

Assalamu'alaikum dan salam sayang semua...


Haii korang semua, semoga sentiasa sihat & bahagia selalu... arini saya nak share cerita ni, saya dengar dari radio ikim fm... walaupun cerita yang agak simple tapi sgt memberi kesan sekiranya kita menghayati...


Ada seekor monyet yang sedang bergayut-gayut di atas pokok, tiba-tiba angin kencang bertiup sehingga bergoyang-goyang pokok itu. Lalu monyet itu pun berpaut pada satu dahan dan memegang sekuat-kuatnya supaya tidak terjatuh. Namun, selepas hilang angin kencang, datang pula angin sepoi-sepoi bahasa. Monyet tersebut yang sedang berpaut pada dahan pokok itu lalu terlena dan kemudian terjatuh dari pokok.


Moral of the story :

Kadang-kadang di saat datang ujian & dugaan yang hebat, kita mampu mengharunginya. Namun, di saat mengecapi nikmat, jangan sampai alpa hingga terjatuh dari landasan kehidupan.
Jom muhasabah :)

Tuesday, May 20, 2014

Tips Memilih Bentuk Cermin Mata

Assalamu'alaikum dan salam sayang semua.....

Hai korang semua, apa khabar? Arini saya nak share tips untuk memilih bentuk cermin mata, almaklum la saya seorang yang rabun & bercermin mata....heheee. Adakah rabun disebabkan keturunan? saya pun kurang pasti, yang pasti adik-beradik saya semua rabun & bercermin mata. So, hasil bantuan Mr. Google, saya dapat cari tips ini... semoga bermanfaat untuk saya & kawan-kawan semua.




Pemakaian cermin mata kini bukanlah hanya sebagai langkah pencegahan untuk melindungi mata dariapada sinaran cahaya matahari, untuk membantu deria penglihatan, malah ia sememangnya menjadi trend buat masa kini. Ingin mengelakkan diri daripada digelar 'nerd'. Jom baca sampai habis cermin mata yang macam mana sesuai dengan bentuk wajah anda.


Wajah bujur sirih
Wajah jenis ini memang beruntung kerana semua jenis kaca mata akan tampil menarik jika digayakan. Kaca mata berbingkai kecil daripada wajah memang sangat sesuai untuk anda. Jangan lupa kaca mata tersebut mesti bersesuaian dengan panjang dan lebar wajah anda. Ada yang memiliki wajah berbentuk bujur namun bermuka kecil. Jadi, anda akan kelihatan aneh jika memakai kacamata yang berbingkai besar dan lebar.

Wajah panjang
Pilihan kaca mata yang mempunyai bingkai yang boleh menutup bahagian tengah wajah dapat membantu meminimakan bentuk wajah panjang anda. Selain itu, kaca mata segi empat yang berbingkai tebal boleh membuat wajah anda tidak kelihatan terlalu panjang.

Wajah bulat
Bingkai kaca mata berbentuk lebar adalah pilihan yang tepat buat anda. Pilihan warna gelap seperti hitam juga mampu menutup muka anda yang bulat. Pilihan kaca mata segi empat juga boleh menyamarkan wajah bulat tersebut

Wajah Empat Segi
Pemakaian kaca mata bingkai melengkung pasti tampak menarik untuk bentuk wajah seperti ini. Posisi pemegang bingkai yang diletak tinggi daripada bahagian tulang pipi boleh mengurangkan kelebaran wajah anda.

Wajah Bentuk Hati
Mempunyai wajah berbentuk hati seperti aktor "Johnny Depp" ialah orang yang berdahi lebar dan mengecil di bahagian dagu. Untuk wajah seperti ini, kaca mata tidak berbingkai, kaca mata berbentuk segi empat dan bentuk kaca mata bujur yang mempunyai lensa memanjang ke bawah mampu menyamarkan tulang pipi.

Wajah Tiga Segi 
Wajah segi tiga memiliki dahi yang sempit dan melebar pada bahagian rahang dan pipi. Kaca mata dengan bingkau yang tebal dan lebar boleh menyeimbangkan bentuk muka anda di bahagian atas dengan bawah.


Daun Yang Jatuh















Daun yang jatuh
Tak pernah membenci angin
Dia membiarkan dirinya jatuh begitu saja
Tak melawan
Mengikhlaskan semuanya

Bahawa hidup harus menerima
Penerimaan yang indah
Bahawa hidup harus mengerti
Pengertian yang benar
Bahawa hidup harus memahami
Pemahaman yang tulus

Tak peduli lewat apa penerimaan, pengertian, pemahaman
itu datang
Tak masalah meski lewat
kejadian yang sedih dan menyakitkan
Biarkan dia jatuh
sebagaimana mestinya
Biarkan angin merengkuhnya
Membawa pergi entah ke mana.

Tere Liye

Wednesday, April 23, 2014

Dalam Sujud Cintaku

Assalamu'alaikum dan salam sayang semua...


Sejak dengar lagu ni kat radio ikim, terus terjatuh hati... liriknya sgt2 menyentuh hati bagi yang betul2 menghayati... jom dengar dan hayati lagu ni...




Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau janjikanku dengan ayat-ayatMu
di sana menanti di syurga Kau penuhi
dengan cinta dan kasih-Mu
Ya Rabbi....

Tips Bertudung Bagi Wanita Yang Bercermin Mata

Assalamu'alaikum dan salam sayang semua...


Arini saya nak share tips bertudung bagi wanita yg memakai cermin mata mcm saya....heheee :) semoga bermanfaat buat saya dan kawan2 semua....



Memang tidak dinafikan, bagi mereka yang rabun dan berkaca mata dan bertudung, memang agak susah sedikit untuk mencari tudung yang sesuai. 

Memang diakui kebenaran ini kerana Admin juga mempunyai rakan dan saudara yang rabun jauh dan perlu memakai kaca mata. Jadi agak susah bagi mereka untuk memilih tudung yang sesuai jika berkaca mata.

Tapi fans semua jangan risau. Dengan adanya pelbagai trend dan gaya tudung sekarang ini, berkaca mata dan bertudung itu tidak sukar sebenarnya. Mari kita lihat Tips Mudah buat mereka yang bertudung dan berkaca mata.

1) Pertama sekali, pastikan anda memilih bingkai yang sesuai. semasa hendak membeli kaca mata, pastikan anda memakai jenis tudung yang anda selalu pakai seharian. contohlah, kalau anda selalu memakai tudung bawal, pastikan semasa anda hendak membeli cermin mata tuh, anda juga memakai tudung bawal. ini kerana akan memudahkan anda mencari bingkai cermin mata yang sesuai dan tidak mengganggu pemakaian tudung bawal anda. jelas kan? PASTIKAN ANDA MEMAKAI TUDUNG YANG BIASA DIPAKAI SEMASA MEMBELI CERMIN MATA DAN CARILAH BINGKAI CERMIN MATA YANG SESUAI.

2) Keduanya, jika sudah ada bingkai cermin mata yang sesuai dengan tudung yang anda selalu pakai, iaitu tidak mengganggu pemakaian tudung anda. tapi, anda runsing dan ingin mencuba pakai jenis tudung yang lain, jangan risau. ada jenis-jenis tudung yang masih sesuai dipakai oleh anda walaupun anda memakai cermin mata. Sebagai contoh:-

(A) Tudung Syria - Sangat sesuai untuk anda yang bercermin mata kerana dia ada inner dan outer. jadi, anda boleh memakai tudung syria ini tanpa perlu bimbang sebab anda hanya perlu memakai cermin mata anda itu di antara outer dan inner itu. jadi dia takkan mengganggu pemakaian tudung syria anda.

(B) Shawl - Anda jeles tengok orang lain memakai shawl cantik-cantik. tapi anda risau sebab anda takut pemakaian cermin mata menghalang anda untuk bergaya cantik memakai shawl. usah risau kawan-kawan.

Cara 1 : Anda haruslah memakai shawl anda dengan Inner di dalamnya. jika ada Inner, pemakaian cermin mata anda akan lebih mudah KERANA anda hanya perlu menyelitkan cermin mata anda di antara Inner tersebut dan shawl anda. MUDAH sahaja. ia tak akan mengganggu shawl anda dan anda tetap boleh bergaya dengan shawl walaupun anda berkaca mata.

Cara 2 : Anda juga boleh memakai outer syria di bahagian dalam dan sarungkan sahaja shawl di bahagian luar. ataupun memakai shawl jenis kain lycra mahupun cotton di bahagian dalam, dan sarungkan shawl lain di bahagian luar. cara ini juga membantu anda. hanya perlu sangkutkan cermin mata anda di telinga di bahagian luar outer itu dan langsung tidak mengganggu pemakaian shawl anda. percayalah!

3) Ketiganya, tudung seperti tudung berawning memang sangat berisiko kepada si pemakai cermin mata kerana anda perlu memiliki bingkai cermin mata yang betul-betul sesuai supaya tidak mengganggu anda untuk memakai tudung berawning. elakkan lah memakai tudung jenis tudung ekin ini kerana:

Pertamanya : jika anda memakai cermin mata, awning tudung itu tidak menjadi dengan jayanya. akan membesar di bahagian tepi dek kerana bingkai cermin mata anda itu.

Keduanya : jika anda memakai cermin mata juga semasa memakai tudung berawning ini, kemungkinan akan membuat anda tidak selesa sekiranya hendak mencabut cermin mata anda sekejap-sekejap untuk membetulkan tudung anda itu dan rambut anda pasti tidak terurus sebab asyik terkeluar jek dan tertarik setiap kali anda hendak membuka cermin mata anda itu. faham kan?

Jadi, nasihat Admin, bagi mereka yang bercermin mata, elakkan memakai tudung berawning. TAPI, kalau teringin sangat nak pakai tuh, carilah bingkai cermin mata yang sesuai yang tidak mengganggu sekiranya anda memakai tudung awning. mudah sahaja.

Selalunya cermin mata berbingkai plastik dan berpetak mahupun bujur adalah sesuai untuk semua jenis tudung.

4) Keempatnya, kalau susah-susah sangat, anda terpaksalah memakai kanta lekap. mudah dan senang. apa sahaja tudung anda boleh gayakan. tapi, pastikan anda memilih kanta lekap yang sesuai dan jaga kebersihan anda semasa memakai dan menjaga kanta lekap ini ye.

aduhai, nak buat entry TIPS MUDAH, jadi berjela panjang plak. macam banyak jek nak taip sebab nak turunkan dan kongsikan pendapat. harap dapat membantu ye buat mereka yang berkaca mata ini. jangan risau, anda tetap boleh bergaya dengan pelbagai jenis tudung walaupun bercermin mata. Cuba ikuti Tips2 yang diberikan, dan rasai perbezaannya.

~sekian, terima kasih~

Credit to : Cik Zira's blog

Tips Dan Panduan Menghadiri Temuduga

Assalamu'alaikum dan salam sayang semua...


Arini dgn rasminya nk tukar la kata ganti nama aku kepada saya...mcm lebih sopan je, kih kih kih.... :) tp kdg2 ter'aku' jgk, jgn mare... so, ape yg saya buat arini??? kat ofis tak berapa nak bz, time ni la menyempatkan diri cari maklumat untuk menghadiri interview Penolong Akauntan W27 pd 30hb April 2014 ni... sebenarnya panggilan interview ni dah kali ke-3... Kali pertama tahun 2012, kali ke-2 bln Februari lepas ni...dan ni kali ke-3... terkezut yg amat bila dpt sms panggilan interview baru2 ni, iye la rasanye mcm baru je pegi interview aritu... dlm otak terus terfikir, argggggghhhh malasnya nak prepare sbb penat2 je prepare tu la, bace ni la...masa interview sebenar, lain2 soalan yg kena tanya.... ermmm, hentam je la jwb ape2 yg patut...

Antara soalan2 yang pernah ditanya semasa interview serta beberapa soalan yg dikongsi dari kawan2 yg pernah menghadiri interview Penolong Akauntan W27  :

1) Pengalaman kerja - apa yg kita buat sekarang?
2) Apa itu AG dan fungsinya.
3) Nyatakan jenis2 panjar. Apa itu panjar unit? (huhhh...soklan ni la aku x dpt jwb sbb yg aku biasa dgr cuma panjar wang runcit je....hahaa)
4) Jika terlebih bayar gaji, bagaimana cara untuk mengutip balik gaji berkenaan?
5) Apa kekuatan anda untuk menjawat jawatan gred ini?
6) Terangkan perbezaan di antara pekeliling perbendaharaan dan surat pekeliling perbendaharaan.
7) Apa tagline JANM?
8) Apa itu perakaunan akruan? Terangkan perbezaan perakaunan akruan dan perakaunan tunai.
9) Apakah tujuan JANM ke arah Perakaunan Akruan?
10) Apa itu tunai ubahsuai?
11) Terangkan mengenai piagam pelanggan. Bagaimana cara untuk memperbaiki penyampaian kerajaan?
12) Apakah komponen yg terdapat di dalam penyata kewangan?
13) Apakah yg dimaksudkan hasil terakru, hasil terdahulu, belanja terakru dan belanja terdahulu? Terangkan transaksi dalam perakaunan.
14) Apa maksud susutnilai? Bagaimana merekod aset?
15) Terangkan maksud GST.
16) Terangkan mengenai OBB (Outcome Base Budget)

Soooo...tu la sebahagian soalan2 yg pernah ditanya semasa interview.... boleh gunakan utk review & study balik...jawapan cari sendiri yeee... actually saya ada jawapan, saya buat nota kecil mcm masa nak amik exam tu, heheee...:)
Dan kat bawah ni saya search tips utk interview, harap2 bermanfaat utk saya dan kawan2 semua.... 




10 Tip Temuduga Kerja Kerajaan/Swasta

1. Sediakan senarai dokumen yang perlu di bawa untuk temuduga  kerja anda. Tujuannya adalah untuk memastikan anda tidak tertinggal dokumen penting semasa berada di sesi temuduga.Tandakan dokumen yang telah dikumpulkan.
2. Cara berpakaian untuk lelaki :
  • Pastikan anda memakai tali leher
  • Pakai kasut kulit dan pastikan kasut anda dikilat
  • Pastikan anda memakai baju lengan panjang kerana baju tersebut nampak lebih professional berbanding baju lengan pendek.
  • Baju dan seluar anda mestilah kelihatan kemas dan disterika.
  • Elakkan baju berwarna gelap.
  • Elakkan memakai wangian yang terlampau kuat.
  • Secara keseluruhannya, pakaian anda mestilah bersih dan kelihatan kemas.
3. Cara berpakaian untuk perempuan :
  • Pakai pakaian yang kelihatan formal dan sesuai untuk ke pejabat. Anda juga boleh memakai baju kurung.
  • Elakkan pakaian yang menjolok mata atau pakaian yang mempunyai warna atau corak yang terlalu menarik perhatian ramai.
  • Pakai kasut yang bertutup.
  • Elakkan memakai terlalu banyak barangan kemas.
  • Secara keseluruhannya, pakaian anda hendaklah kelihatan kemas dan tidak terlalu menarik perhatian ramai.
  • Boleh rujuk link : Etika_Pakaian_Temu_Duga
4. Bagi lelaki pastikan rambut anda pendek, disikat kemas dan berminyak. Bagi perempuan yang bertudung, pastikan tudung anda diikat kemas. Bagi perempuan yang tidak bertudung, pastikan rambut anda disikat kemas.
5. Pastikan kuku anda dipotong pendek dan bersih.
6. Datang awal ke tempat temuduga, sebaik-baiknya 20 minit sebelum masa yang ditetapkan.
7. Bila nama anda dipanggil, masuk dengan senyuman dan penuh keyakinan. Tip temuduga kerja ini nampak mudah, tapi ramai yang mengabaikannya. Beri salam atau ucapan Selamat Pagi atau Selamat Petang bergantung pada sesi temuduga. Duduk hanya apabila anda dibenarkan duduk dan ucapkan terima kasih.
8. Tip temuduga kerja yang ketujuh menerangkan perkara yang anda perlu lakukan /beri perhatian semasa menjawab soalan panel:
  • Jawab soalan dengan tenang, jangan tunjukkan anda gelisah.
  • Pandang panel temuduga apabila menjawab soalan. Jangan pandang ke lantai kerana ia menunjukkan anda tidak yakin dengan jawapan anda atau anda masih malu-malu dengan panel.
  • Jangan sesekali berdebat atau meninggikan suara di hadapan panel temuduga.
  • Biar panel habiskan soalan atau ayat mereka terlebih dahulu sebelum anda mula bercakap. Elakkan memotong percakapan mereka.
  • Jawab soalan mengikut konteks soalan. Jangan meleret-leret sehingga keluar topik.
  • Jika anda tidak tahu jawapan, nyatakan yang anda tidak tahu. Jangan sesekali berbohong kerana panel temuduga yang berpengalaman pasti akan tahu anda menipu mereka.
9. Setelah selesai soal jawab temuduga, kebiasaannya panel akan cuba mengakhiri sesi temuduga dengan bertanya kepada anda jika anda mempunyai sebarang persoalan, tanyakan kepada mereka bila anda akan diberitahu tentang keputusan temuduga tersebut.
10. Setelah semuanya selesai, ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada anda untuk menghadiri sesi temuduga tersebut. Senyum dan keluar dengan tenang.

Tip Temuduga Kerja Kerajaan Yang Ke-10 :
Pastikan Anda Sentiasa Bersedia !

Pastikan anda sentiasa bersedia sebelum anda masuk ke bilik temuduga. Tanpa persediaan, anda pasti akan kelihatan gelisah dan tergopoh gapah semasa menjawab soalan panel temuduga. Persediaan merangkumi persediaan fizikal seperti dokumen, pakaian dan persediaan mental seperti pengetahuan dan emosi.
Bersedialah dari sekarang. Persediaan awal pasti akan memberikan ketenangan kepada  diri anda. Jangan lupa juga untuk berdoa supaya anda temuduga anda dipermudahkan untuk anda.
Tip temuduga kerja di atas adalah sekadar sebagai panduan umum yang boleh anda praktikkan baik untuk temuduga kerja kerajaan mahupun swasta.

Wednesday, April 16, 2014

Kesibukan Yang Berpanjangan

Assalamu'alaikum dan salam sayang semua...


Hai korang2 semua!!! lamanye tak menjenguk & meng'update' blog ni.... Entry aku yg paling last 20.01.2014, pastu aku terus bz, bz dan bz ssgt.... mcm2 hal, mcm2 urusan, urusan pindah, urusan rumah, kerja2 kat ofis dan mcm2 lagi la.... Pejam celik pejam celik dah hampir 3 bulan berlalu untuk tahun 2014, bulan April kian berakhir, menyusul bulan Mei, seterusnya dan seterusnya sampai la penghujung tahun 2014....uwahhh, cepatnya masa berlalu....


Ape2 pun sebenarnya byk ssgt cerita aku nak share sepanjang bln Jan 2014, Feb 2014 & Mac 2014... tp di sebabkan kesibukan yg berpanjangan, terpaksa la menangguh or (x payah share la susah sgt, heheee)... ermmm, tujuan aku mem'blog' ni pun sekadar mengisi masa lapang kan...so klau ada kelapangan baru la aku update & share apa2 la yg menarik, yg kurang menarik x payah la ekkk.... :) Anyway, just remember... "Don't prioritize your schedule but schedule your priority"... 



Monday, January 20, 2014

Masanya Makin Hampir

Assalamu'alaikum dan salam sayang semua...

Detik demi detik berlalu, masanya semakin hampir.... My hubby sibuk ssgt dgn urusan pindah, nak angkut barang, cari rumah sewa n mcm2 lg urusan yg berkenaan. Aku... sibuk urusan keje, klau bleh nak settlekan semua keje2 yg tertangguh...insya'Allah.

Aku dah pun update HRMIS untuk memohon pertukaran ke Alor Gajah, Melaka atau mana2 jabatan yang berdekatan. Isnin minggu lepas 13 Januari 2014, dah la bidan terjun last minit kena amik minit Mesyuarat JPKA. Abis meeting, aku msuk ofis dapat sms... yg kelakarnye aku save no tu CheckSAMAN Polis, hahaaa :)  terkezut sekejap....



So, ni kali ke-2 aku terima panggilan temuduga untuk Gred W27... mmg aku berusaha untuk naik pangkat, bagi aku bukan pangkat tinggi yg aku kejar tapi tak kan selamanya nak duduk di kerusi yg sama seandainya peluang untuk memajukan diri ade depan mata. Sooo, jangan lepaskan peluang yg ade... berjaya atau gagal tu belakang kira, yg penting usaha terus usaha...yessss, chaiyok2!!!


Kali pertama kena pnggil temuduga, aku agak kurang yakin sebabnye terlalu byk persaingan... mana yg terpilih tu mmg betul2 bernasib baik.... mmg aku sedar aku bukan yg terbaik, tapi aku berusaha untuk jadi lebih baik.... dan kali ke- 2 ni pun, aku kurang yakin dan kecut perut...takut weiii.... yg membuat aku terkejut n agak terasa peluang tipis.... cuba korang tgk statistik pengambilan ni.... mak aiiii, kekosongan cuma 4 SAHAJA... Bilangan dipanggil temuduga, 2,358 orang termasuk aku la tu... Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya rezeki itu milikku... permudahkanlah... Di saat-saat aku memohon pertukaran balik ke Semenanjung, dapat pulak panggilan temuduga... mungkin semua sudah tertulis dan ada hikmah di sebaliknya... Wish me luck ye kawan-kawan!!!





Lagu Dalam Drama Balqis TV3


Malam tadi tgk Drama Balqis arahan Erma Fatima di TV3... sangat2 menyentuh hati. Serius, mmg sdey... Pandai ssgt adik Puteri Balqis bawa watak tu, pelakon cilik yg berbakat besar. Dalam drama tu, ade dgr lagu best... sooo, aku pun google... ni video lagu tu, jom layannn....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...