Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Followers

Wednesday, April 23, 2014

Tips Dan Panduan Menghadiri Temuduga

Assalamu'alaikum dan salam sayang semua...


Arini dgn rasminya nk tukar la kata ganti nama aku kepada saya...mcm lebih sopan je, kih kih kih.... :) tp kdg2 ter'aku' jgk, jgn mare... so, ape yg saya buat arini??? kat ofis tak berapa nak bz, time ni la menyempatkan diri cari maklumat untuk menghadiri interview Penolong Akauntan W27 pd 30hb April 2014 ni... sebenarnya panggilan interview ni dah kali ke-3... Kali pertama tahun 2012, kali ke-2 bln Februari lepas ni...dan ni kali ke-3... terkezut yg amat bila dpt sms panggilan interview baru2 ni, iye la rasanye mcm baru je pegi interview aritu... dlm otak terus terfikir, argggggghhhh malasnya nak prepare sbb penat2 je prepare tu la, bace ni la...masa interview sebenar, lain2 soalan yg kena tanya.... ermmm, hentam je la jwb ape2 yg patut...

Antara soalan2 yang pernah ditanya semasa interview serta beberapa soalan yg dikongsi dari kawan2 yg pernah menghadiri interview Penolong Akauntan W27  :

1) Pengalaman kerja - apa yg kita buat sekarang?
2) Apa itu AG dan fungsinya.
3) Nyatakan jenis2 panjar. Apa itu panjar unit? (huhhh...soklan ni la aku x dpt jwb sbb yg aku biasa dgr cuma panjar wang runcit je....hahaa)
4) Jika terlebih bayar gaji, bagaimana cara untuk mengutip balik gaji berkenaan?
5) Apa kekuatan anda untuk menjawat jawatan gred ini?
6) Terangkan perbezaan di antara pekeliling perbendaharaan dan surat pekeliling perbendaharaan.
7) Apa tagline JANM?
8) Apa itu perakaunan akruan? Terangkan perbezaan perakaunan akruan dan perakaunan tunai.
9) Apakah tujuan JANM ke arah Perakaunan Akruan?
10) Apa itu tunai ubahsuai?
11) Terangkan mengenai piagam pelanggan. Bagaimana cara untuk memperbaiki penyampaian kerajaan?
12) Apakah komponen yg terdapat di dalam penyata kewangan?
13) Apakah yg dimaksudkan hasil terakru, hasil terdahulu, belanja terakru dan belanja terdahulu? Terangkan transaksi dalam perakaunan.
14) Apa maksud susutnilai? Bagaimana merekod aset?
15) Terangkan maksud GST.
16) Terangkan mengenai OBB (Outcome Base Budget)

Soooo...tu la sebahagian soalan2 yg pernah ditanya semasa interview.... boleh gunakan utk review & study balik...jawapan cari sendiri yeee... actually saya ada jawapan, saya buat nota kecil mcm masa nak amik exam tu, heheee...:)
Dan kat bawah ni saya search tips utk interview, harap2 bermanfaat utk saya dan kawan2 semua.... 




10 Tip Temuduga Kerja Kerajaan/Swasta

1. Sediakan senarai dokumen yang perlu di bawa untuk temuduga  kerja anda. Tujuannya adalah untuk memastikan anda tidak tertinggal dokumen penting semasa berada di sesi temuduga.Tandakan dokumen yang telah dikumpulkan.
2. Cara berpakaian untuk lelaki :
  • Pastikan anda memakai tali leher
  • Pakai kasut kulit dan pastikan kasut anda dikilat
  • Pastikan anda memakai baju lengan panjang kerana baju tersebut nampak lebih professional berbanding baju lengan pendek.
  • Baju dan seluar anda mestilah kelihatan kemas dan disterika.
  • Elakkan baju berwarna gelap.
  • Elakkan memakai wangian yang terlampau kuat.
  • Secara keseluruhannya, pakaian anda mestilah bersih dan kelihatan kemas.
3. Cara berpakaian untuk perempuan :
  • Pakai pakaian yang kelihatan formal dan sesuai untuk ke pejabat. Anda juga boleh memakai baju kurung.
  • Elakkan pakaian yang menjolok mata atau pakaian yang mempunyai warna atau corak yang terlalu menarik perhatian ramai.
  • Pakai kasut yang bertutup.
  • Elakkan memakai terlalu banyak barangan kemas.
  • Secara keseluruhannya, pakaian anda hendaklah kelihatan kemas dan tidak terlalu menarik perhatian ramai.
  • Boleh rujuk link : Etika_Pakaian_Temu_Duga
4. Bagi lelaki pastikan rambut anda pendek, disikat kemas dan berminyak. Bagi perempuan yang bertudung, pastikan tudung anda diikat kemas. Bagi perempuan yang tidak bertudung, pastikan rambut anda disikat kemas.
5. Pastikan kuku anda dipotong pendek dan bersih.
6. Datang awal ke tempat temuduga, sebaik-baiknya 20 minit sebelum masa yang ditetapkan.
7. Bila nama anda dipanggil, masuk dengan senyuman dan penuh keyakinan. Tip temuduga kerja ini nampak mudah, tapi ramai yang mengabaikannya. Beri salam atau ucapan Selamat Pagi atau Selamat Petang bergantung pada sesi temuduga. Duduk hanya apabila anda dibenarkan duduk dan ucapkan terima kasih.
8. Tip temuduga kerja yang ketujuh menerangkan perkara yang anda perlu lakukan /beri perhatian semasa menjawab soalan panel:
  • Jawab soalan dengan tenang, jangan tunjukkan anda gelisah.
  • Pandang panel temuduga apabila menjawab soalan. Jangan pandang ke lantai kerana ia menunjukkan anda tidak yakin dengan jawapan anda atau anda masih malu-malu dengan panel.
  • Jangan sesekali berdebat atau meninggikan suara di hadapan panel temuduga.
  • Biar panel habiskan soalan atau ayat mereka terlebih dahulu sebelum anda mula bercakap. Elakkan memotong percakapan mereka.
  • Jawab soalan mengikut konteks soalan. Jangan meleret-leret sehingga keluar topik.
  • Jika anda tidak tahu jawapan, nyatakan yang anda tidak tahu. Jangan sesekali berbohong kerana panel temuduga yang berpengalaman pasti akan tahu anda menipu mereka.
9. Setelah selesai soal jawab temuduga, kebiasaannya panel akan cuba mengakhiri sesi temuduga dengan bertanya kepada anda jika anda mempunyai sebarang persoalan, tanyakan kepada mereka bila anda akan diberitahu tentang keputusan temuduga tersebut.
10. Setelah semuanya selesai, ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada anda untuk menghadiri sesi temuduga tersebut. Senyum dan keluar dengan tenang.

Tip Temuduga Kerja Kerajaan Yang Ke-10 :
Pastikan Anda Sentiasa Bersedia !

Pastikan anda sentiasa bersedia sebelum anda masuk ke bilik temuduga. Tanpa persediaan, anda pasti akan kelihatan gelisah dan tergopoh gapah semasa menjawab soalan panel temuduga. Persediaan merangkumi persediaan fizikal seperti dokumen, pakaian dan persediaan mental seperti pengetahuan dan emosi.
Bersedialah dari sekarang. Persediaan awal pasti akan memberikan ketenangan kepada  diri anda. Jangan lupa juga untuk berdoa supaya anda temuduga anda dipermudahkan untuk anda.
Tip temuduga kerja di atas adalah sekadar sebagai panduan umum yang boleh anda praktikkan baik untuk temuduga kerja kerajaan mahupun swasta.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...