Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Followers

Wednesday, April 23, 2014

Tips Bertudung Bagi Wanita Yang Bercermin Mata

Assalamu'alaikum dan salam sayang semua...


Arini saya nak share tips bertudung bagi wanita yg memakai cermin mata mcm saya....heheee :) semoga bermanfaat buat saya dan kawan2 semua....



Memang tidak dinafikan, bagi mereka yang rabun dan berkaca mata dan bertudung, memang agak susah sedikit untuk mencari tudung yang sesuai. 

Memang diakui kebenaran ini kerana Admin juga mempunyai rakan dan saudara yang rabun jauh dan perlu memakai kaca mata. Jadi agak susah bagi mereka untuk memilih tudung yang sesuai jika berkaca mata.

Tapi fans semua jangan risau. Dengan adanya pelbagai trend dan gaya tudung sekarang ini, berkaca mata dan bertudung itu tidak sukar sebenarnya. Mari kita lihat Tips Mudah buat mereka yang bertudung dan berkaca mata.

1) Pertama sekali, pastikan anda memilih bingkai yang sesuai. semasa hendak membeli kaca mata, pastikan anda memakai jenis tudung yang anda selalu pakai seharian. contohlah, kalau anda selalu memakai tudung bawal, pastikan semasa anda hendak membeli cermin mata tuh, anda juga memakai tudung bawal. ini kerana akan memudahkan anda mencari bingkai cermin mata yang sesuai dan tidak mengganggu pemakaian tudung bawal anda. jelas kan? PASTIKAN ANDA MEMAKAI TUDUNG YANG BIASA DIPAKAI SEMASA MEMBELI CERMIN MATA DAN CARILAH BINGKAI CERMIN MATA YANG SESUAI.

2) Keduanya, jika sudah ada bingkai cermin mata yang sesuai dengan tudung yang anda selalu pakai, iaitu tidak mengganggu pemakaian tudung anda. tapi, anda runsing dan ingin mencuba pakai jenis tudung yang lain, jangan risau. ada jenis-jenis tudung yang masih sesuai dipakai oleh anda walaupun anda memakai cermin mata. Sebagai contoh:-

(A) Tudung Syria - Sangat sesuai untuk anda yang bercermin mata kerana dia ada inner dan outer. jadi, anda boleh memakai tudung syria ini tanpa perlu bimbang sebab anda hanya perlu memakai cermin mata anda itu di antara outer dan inner itu. jadi dia takkan mengganggu pemakaian tudung syria anda.

(B) Shawl - Anda jeles tengok orang lain memakai shawl cantik-cantik. tapi anda risau sebab anda takut pemakaian cermin mata menghalang anda untuk bergaya cantik memakai shawl. usah risau kawan-kawan.

Cara 1 : Anda haruslah memakai shawl anda dengan Inner di dalamnya. jika ada Inner, pemakaian cermin mata anda akan lebih mudah KERANA anda hanya perlu menyelitkan cermin mata anda di antara Inner tersebut dan shawl anda. MUDAH sahaja. ia tak akan mengganggu shawl anda dan anda tetap boleh bergaya dengan shawl walaupun anda berkaca mata.

Cara 2 : Anda juga boleh memakai outer syria di bahagian dalam dan sarungkan sahaja shawl di bahagian luar. ataupun memakai shawl jenis kain lycra mahupun cotton di bahagian dalam, dan sarungkan shawl lain di bahagian luar. cara ini juga membantu anda. hanya perlu sangkutkan cermin mata anda di telinga di bahagian luar outer itu dan langsung tidak mengganggu pemakaian shawl anda. percayalah!

3) Ketiganya, tudung seperti tudung berawning memang sangat berisiko kepada si pemakai cermin mata kerana anda perlu memiliki bingkai cermin mata yang betul-betul sesuai supaya tidak mengganggu anda untuk memakai tudung berawning. elakkan lah memakai tudung jenis tudung ekin ini kerana:

Pertamanya : jika anda memakai cermin mata, awning tudung itu tidak menjadi dengan jayanya. akan membesar di bahagian tepi dek kerana bingkai cermin mata anda itu.

Keduanya : jika anda memakai cermin mata juga semasa memakai tudung berawning ini, kemungkinan akan membuat anda tidak selesa sekiranya hendak mencabut cermin mata anda sekejap-sekejap untuk membetulkan tudung anda itu dan rambut anda pasti tidak terurus sebab asyik terkeluar jek dan tertarik setiap kali anda hendak membuka cermin mata anda itu. faham kan?

Jadi, nasihat Admin, bagi mereka yang bercermin mata, elakkan memakai tudung berawning. TAPI, kalau teringin sangat nak pakai tuh, carilah bingkai cermin mata yang sesuai yang tidak mengganggu sekiranya anda memakai tudung awning. mudah sahaja.

Selalunya cermin mata berbingkai plastik dan berpetak mahupun bujur adalah sesuai untuk semua jenis tudung.

4) Keempatnya, kalau susah-susah sangat, anda terpaksalah memakai kanta lekap. mudah dan senang. apa sahaja tudung anda boleh gayakan. tapi, pastikan anda memilih kanta lekap yang sesuai dan jaga kebersihan anda semasa memakai dan menjaga kanta lekap ini ye.

aduhai, nak buat entry TIPS MUDAH, jadi berjela panjang plak. macam banyak jek nak taip sebab nak turunkan dan kongsikan pendapat. harap dapat membantu ye buat mereka yang berkaca mata ini. jangan risau, anda tetap boleh bergaya dengan pelbagai jenis tudung walaupun bercermin mata. Cuba ikuti Tips2 yang diberikan, dan rasai perbezaannya.

~sekian, terima kasih~

Credit to : Cik Zira's blog

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...