Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Followers

Friday, January 20, 2012

Kelebihan Surah At-Taubah Ayat 128 - 129



Setiap ayat dalam Al-Quran terdapat kelebihan tersendiri, antaranya Surah At-Taubah Ayat 128 -129. Ayat ini harus dibaca terus selama-lamanya secara teratur dan tertib, disertai dengan bekerja dan rajin berusaha, Insya'Allah....


Ayat 128 - 129 Surah At-Taubah (dinamakan juga Ayat Tasbih)


Ertinya "Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri (Nabi Muhammad SAW) yang menjadi sangat berat kepadnya sebaang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu (dan) ia pula menumpukan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad):"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku) tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepadanya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar"

Menurut sebahagian ulama, banyak fadhilat dan faedah bagi sesiapa yang mengamalkan membaca 2 ayat akhir surah At-Taubah ini, antaranya ialah:
  • Keperluan hidupnya mencukupi (termasuk rezeki, pakaian dan kediaman)
  • Dapat mempermudahkan segala urusannya yang sulit-sulit serta susah
  • Menghilangkan perasaan dukacita, resah gelisah dan susah hati
  • Sebagai doa mohon panjang umur
  • Jika hina menjadi mulia, jika kalah menjadi menang, jika miskin menjadi luas rezeki, jika susah akan menjadi gembira dan jika mempunyai hutang, akan dapat membayarnya.

Kaifiat mengamalkannya:
Amalkan membaca kedua-dua ayat di atas sebanyak 7 kali setiap selepas solat fardhu atau sekurang-kurangnya selepas solat subuh dan maghrib.

Thursday, January 19, 2012

Cinta Abadi


CINTA adalah sebahagian daripada fitrah manusia. Cinta memang sudah ada dalam diri kita. Bersyukurlah orang yang diberi cinta dan mampu menyingkap rasa cinta dengan tepat dan menurut syariah.

Bercinta tidak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang diredai Allah. Nabi Muhammad SAW meninggalkan resipi cinta yang diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud: "Wahai generasi muda, barang siapa di antara kalian mampu serta berkeinginan untuk bernikah. Kerana sesungguhnya pernikahan itu dapat menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan barang siapa di antara kalian belum mampu, maka hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi penghalang untuk melawan gejolak nafsu." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, dan Tirmidzi)

Apabila kita sudah membetulkan niat, maka kita mesti menjadikan diri kita 'salihah' supaya orang yang salih akan datang menemui kita atau ditemukan Allah. Kita wajib ingat bahawa jodoh adalah ketentuan Allah, manusia hanya boleh merancang tetapi Allah yang menentukan. Kita cuma dapat berusaha mencari jodoh yang baik menurut Islam.

Firman Allah yang bermaksud: "Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik." (Surah al-Imran, ayat 14)

Cinta paling tinggi martabatnya adalah cinta kerana Allah, kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Pakar psikologi, Prof Madya Dr Mat Saat Baki, pernah menulis: "Cinta itu berkembang. Kita tidak jatuh cinta. Cinta pandang pertama adalah satu mitos. Sebenarnya perasaan cinta itu berkembang dari semasa ke semasa. Lebih lama kita memahami, mengenali seseorang itu, akan lebih dalam perasaan cinta. Namun, menurut beberapa kajian dan perkongsian pengalaman, ternyata cinta pertama tidak diperlukan sebagai asas kebahagiaan tetapi boleh membantu untuk mencapai kebahagiaan."


Tetapi jika tidak berhati-hati, cinta boleh membutakan mata hati kita. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)


Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Hendaklah kita benar-benar memejamkan mata dan memelihara kemaluan, atau nanti Allah benar-benar akan menutup rapat matamu." (Hadis riwayat Tabrani)

Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. Cinta yang semakin menggelorakan hawa nafsu, makin berkurang rasa malu dan akhirnya terlanjur. Inilah paling merbahaya. Dari sinilah bermulanya fenomena cinta terlarang, seks tanpa nikah yang merosakkan generasi dan mencemar keturunan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Surah Al Isra', ayat 32)
Islam tidak melarang atau mengekang manusia daripada rasa cinta tetapi mengarahkan cinta berjalan di atas landasan yang menjaga martabat kehormatan, baik wanita mahupun lelaki. Jika kita jatuh cinta, perlu berhati-hati kerana seperti minum air laut, semakin diminum semakin haus. Cinta yang sejati adalah cinta yang tumbuh selepas akad nikah.

Cara untuk mengendalikan rasa cinta adalah dengan menjaga pandangan, tidak berkhalwat atau berdua-duaan dalam bentuk apapun dan tidak saling bersentuhan apatah lagi bercium dan berpelukan, memang jelas haramnya.

Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah seorang lelaki dan wanita berkhalwat (berduaan di tempat sepi), sebab syaitan menemaninya, janganlah salah seorang daripada kalian berkhalwat dengan wanita, kecuali disertai dengan mahramnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika bimbang keterlanjuran cinta, alihkan rasa cinta itu kepada Allah dengan membanyakkan selawat, zikir, istighfar dan solat sehingga kita tidak diperdayakan oleh nafsu. Jika kita tewas, nafsu yang akan memperdayakan kita..Berusahalah menuju ke arah cinta abadi kepada Allah SWT.



Sumber  : BLOGGER

Monday, January 16, 2012

Jarak Antara Dua Hati


Artikel ni banyak pengajarannya...jom kita baca :


Suatu hari seorang  guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang  marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”

“Tapi…” guru bertanya kembali

“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak  berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut  mereka. Namun tiada satu pun  jawapan yang memuaskan.

Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam  kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun  secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.

Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?

Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar  dengan begitu jelas.

Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak.  Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”


"Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih-lebih lagi  mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati di antara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang paling bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita memulihkan hati yang sedang marah. Ketika kemarahan telah reda, sedarkah kita bahawa pengucapan yang kurang bijak itu mencipta jarak antara hati. Jadi, jagalah hati dari racun-racun amarah dengan kesabaran dan keimanan."


Sumber: http://akuislam.com/

Tips Keluarga Bahagia



Ni ada satu artikel mengenai “Tips keluarga bahagia” yang saya kira sangat baik untuk kita ambil manfaat daripadanya :

- Bersama-sama bersolat jamaah , bersama-sama menimba ilmu ALLAH…berdoa bersama2…mengikuti majlis agama dan ilmu bersama..selalulah pergi ke masjid bersama-sama..Jika mendapat ilmu yang bermanfaat, berkongsi lah dengan isteri dan anak2......

- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, dan beriadah bersama-sama….

- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami…

- Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan….

- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri…..

- Isteri yang romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya….

- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan selagi tidak salah di sisi ALLAH…

- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga….

- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu dan berdoa pada ALLAH, agar diberi ilham untuk menyelesaikan secara baik…...

SUMBER : BLOGGER

Thursday, January 12, 2012

Ingatan buat diri sendiri dan umat islam



Yang singkat adalah WAKTU

Yang menipu adalah DUNIA


Yang dekat adalah KEMATIAN


Yang besar adalah NAFSU


Yang berat adalah AMANAH



Yang ringan adalah MENINGGALKAN SOLAT


Yang sulit adalah IKHLAS


Yang mudah adalah BERBUAT DOSA


Yang susah adalah SABAR


Yang sering lupa adalah BERSYUKUR


Yang membakar amal adalah GHIBAH


Yang mendorong ke neraka adalah SOMBONG


Yang berharga adalah IMAN


Yang indah ialah CINTA


Yang suci dan hakiki adalah CINTA KEPADA ALLAH

Wednesday, January 11, 2012

Terjemahan Surah Al-Fatihah - Voice of Ummi

Pernahkah kita terfikir, selama ni kita solat...baca Surah Al-Fatihah, adakah kita hafal maksud/ terjemahan Surah tersebut...tanya pada diri sendiri, Ya Allah betapa jahilnya hamba yg kerdil ini... mmg kadang2 kita baca Surah Al-Fatihah berserta terjemahan, tp ruginya kenapa tak hafal... 
Tahniah buat Voice of Ummi yg buat nasyid terjemahan Al-Fatihah ni...at least menyedarkan kita betapa pentingnya memahami sesuatu Surah yg kita baca lebih2 lagi Surah Al-Fatihah....

Jom sama2 hayati nasyid ni :




[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2] Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

[3] Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan pula (jalan) mereka yang sesat.









Friday, January 6, 2012

Kongsi Info : Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan



PDF Print E-mail
Menurut suatu kaji selidik  yang dijalankan oleh Citibank pada bulan Oktober 2008 di Malaysia, 37% para responden merasakan dengan kedudukan kewangan mereka tergugat, manakala 21% para responden lagi menyatakan wang simpanan mereka hanya mampu bertahan selama 1 (satu) bulan sahaja, sekiranya diberhentikan kerja.

Secara puratanya, rakyat Malaysia hanya mempunyai wang simpanan yang dapat bertahan selama 11 minggu sahaja.

Lebih daripada 60% responden menyatakan, mereka menyimpan 20% pendapatan bulanan (ini tidak termasuk 11% potongan gaji untuk wang simpanan KWSP)

Sejumlah 12% para responden, tidak menabung langsung.

Walaupun 86% para respoden menegaskan mereka cuba mengikut belanjawan, namun hanya 28% para responden dapat mengikut perancangan tersebut.

Ini jelas menunjukkan, perlunya suatu pengurusan kewangan dan cara hidup dalam kalangan pengguna di Malaysia, lebih –lebih lagi dalam kegawatan ekonomi yang melanda serata dunia.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERANCANGAN KEWANGAN?

Perancangan kewangan adalah tentang mengurus kedudukan ekonomi/ kewangan seseorang individu dengan mengambil kira perkara-perkara yang ingin dilakukan seperti, berkahwin, membeli aset – kereta/rumah, merancang untuk mendapatkan  anak serta perancangan pendidikan anak kita.

Melalui perancangan kewangan kita dapat mengenalpasti cara-cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu.

SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN PENGURUSAN KEWANGAN?

Sesungguhnya, setiap orang memerlukan pengurusan kewangan. Yakni, kita mempunyai pendapatan atau elaun, dan perlu berbelanja hampir setiap hari serta harus melaksanakan tanggungjawab masing-masing, dan turut  mempunyai impian untuk dikejar, sama ada kita ialah :
    * Pelajar
    * Bekerja sendiri
    * Pekerja
    * Suri Rumah
    * Bersara

MENGAPAKAH KITA MEMERLUKAN PERANCANGAN KEWANGAN?

Pada setiap fasa hidup kita, kita mempunyai kepentingan, tanggungjawab dan  kehendak kewangan yang berbeza. Setiap peringkat hidup memberikan kita peluang  dan cabaran yang berbeza. Apabila hidup kita berubah, maka kehendak dan keperluan hidup kita turut berubah. Perancangan kewangan membekalkan diri kita untuk menghadapi peluang dan cabaran hidup.

Perancangan kewangan dapat membantu kita memperbaiki tahap hidup kita; serta mengecapi kepuasan berbelanja. Perancangan kewangan perseorangan turut membantu kita mengumpulkan harta dengan cara yang paling efisyen. Lantaran itu, perancangan ini turut menjamin kedudukan kewangan kita yang turut meningkatkan taraf hidup kita. Pokoknya, perancangan kewangan membekalkan kita idea untuk menguruskan kedudukan kewangan kita agar mencapai matlamat kewangan kita untuk memenuhi keperluan fan kehendak hidup kita

FAEDAH PERANCANGAN KEWANGAN

Perancangan kewangan merupakan satu proses yang dinamik yang memerlukan pemonitoran dan penilaian yang berterusan, agar anda dapat mengawal kedudukan kewangan anda. Perancangan kewangan yang persis dan tepat mampu menjanjikan anda mengecapi matlamat anda.

Tanpa satu perancangan yang sesuai, anda mungkin akan terpaksa menghadapi risiko  seperti wang simpanan yang tidak mencukupi untuk menampung kos pendidikan, wang pendahuluan untuk pembelian rumah atau menanggung kos hidup selepas bersara. Pengurusan kewangan yang baik dapat membantu anda mencapai:

    1. Mengatasi inflasi

Kedudukan ekonomi sesuatu negara bergantung kepada permintaan, maka kedudukan kewangan anda haruslah lebih tinggi daripada kadar  inflasi negara.

    2. Mengurangkan kadar cukai

Bayaran cukai pendapatan dapat dikurangan sekiranya anda mengunakan setiap cara/peluang yang ada sebaik mungkin untuk mendapatkan pengecualian cukai.

   3. Menguruskan perbelanjaan yang lain – lain.

Sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan untuk berbelanja/kecemasan seperti sakit selain daripada mengharapkan perlindungan insurans.

   4. Mencapai matlamat

Membiayai perbelanjaan Universiti anak – anak, dan melancong menunjukkan strategi pengurusan kewangan yagan terancang

   5. Menanggung kos hidup selepas bersara

Pengurusan kewangan membolehkan kita mengekalkan cara hidup yang sama mahupun selepas bersara.  Kemungkinan besar, memulakan satu tabung simpanan untuk menampung perbelanjanaan selepas bersara adalah perlu sebagai tambahan kepada KWSP.

   6. Mengekalkan hubungan yang lebih baik – tidak perlu meminjam

Dapat mengekalkan hubungan yang lebih baik dengan keluarga, sahabat  dan rakan sekerja, kerana anda tidak perlu meminjam atau mengharapkan bantuan kewangan daripada sesiapa.

   7. Bebas daripada masalah kewangan

Disebabkan anda telah merancang aliran kewangan anda, menjangka perbelanjaan yang bakal dihadapi dan mencapai matlamat hidup anda.

   8. Mengambil berat tentang orang yang anda sayangi.

Dapat mengurus dan merancang perbelanjaan hidup anda dan orang yang anda sayangi.

Mengapakah simpanan itu penting?












    1. Simpanan kewangan boleh diibaratkan sebagai suatu transaksi perniagaan. Anda menukar ganti peluang anda untuk berbelanja sekarang dengan perbelanjaan yang bakal anda hadapi. Maka tujuan utama menabung adalah untuk menampung perbelanjaan mungkin anda hadapi.  bak kata pepatah “sediakan paying sebelum hujan”.

   2. Anda boleh menabung untuk pembelian aset atau untuk memberikan anda peluang berbelanja yang lebih fleksibel agar mencapai matlamat anda.

    3. Berbelanja dengan berhemat dapat membantu kita menabung dengan lebih efektif. Sekiranya, jumlah pendapatan bulanan anda tidak menentu, anda boleh menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda dari memyimpan suatu jumlah yang ditetapkan.

 MENGURUSKAN KREDIT.













Apakah yang dimaksudkan dengan kredit?

   1. Sekiranya anda berbelanja secara kredit, anda melepaskan peluang untuk berbelanja pada masa depan dengan berbelanja sekarang. Anda juga terpaksa berbelanja lebih daripada nilai sebenar kerana harus membayar faedah.

    2. Perbelanjaan secara kredit mungkin merupakan satu kaedah perbelanjaan yang bijak sekiranya anda tidak berbelanja lebih daripada kemampuan anda.

   3. Nilai aset tetap seperti rumah akan meningkat setiap tahun membentuk ekuiti.

   4. Melabur wang untuk pendidikan atau latihan selalunya akan menjamim pulangan yang lebih baik.

   5. Apabila mengunakan perkhidmatan secara kredit, pastikan anda tidak berbelanja lebih daripada
 20 – 25% pendapatan bersih anda.

   6. Anda boleh mendapat pinjaman daripada bank, Perbadanan Koperasi, polisi insurans nyawa, syarikat kewangan dan pendahuluan tunai melalui kad kredit.

   7. Cuba elakkan diri daripada ‘Along’ dan agensi – agensi kewangan yang tidak berlesen.


Menguruskan kad kredit.

   1. Pengunaan kad kredit merupakan salah kaedah meminjam yang paling mahal dimananya faedahnya adalah tinggi dan dikenakan yuran tahunan.

   2. Cuba mengawal kos  kad kredit anda dengan memilih kad kredit yang menawarkan faedah dan yuran tahunan yang kurang serta tidak mengenakan bayaran tinggi terhadap had kredit. Cuba mencari promosi kad kredit dimana anda tidak perlu membayar yuran tahunan.

   3. Bayar hutang anda tepat pada masanya.

   4. Langsaikan akaun tertunggak setiap bulan atau bayar lebih daripada amaun minimum yang ditetapkan.

   5. Sila baca semua peraturan/arahan yang  telah ditetapkan

   6. Sila berbelanja mengikut perancangan awal anda. Praktikkan disiplin diri  semasa berbelanja dengan kad kredit.


LANGKAH – LANGKAH DALAM PENGURUSAN KEWANGAN

















Proses – proses yang terlibat dalam perancangan kewangan:-

   1. Menilai semula kedudukan  kewangan anda dengan meneliti pendapatan dan perbelanjaan.

   2. Merangka target kewangan yang ingin dicapai.

    -   jangka masa pendek (membeli kereta) & jangka panjang (membeli rumah)

    -   bersifat realistik dan spesifik (cth: menabung RM 3000 dalam jangka masa 5 bulan)

   3. Merangka belanjawan.

   4. Menilai semula perancangan kewangan dan membuat pelan/langkah  yang seterusnya 

    -   Mengenalpasti keperluan dan kehendak anda

    -   Membuat pilihan dan alternatif lain.

    -   Menangguh perbelanjaan yang kurang penting

   5. Merancang aliran kewangan anda dan mengambil kira hal-hal yang harus  didahulukan

    -   Produk dan khidmat kewangan

    -  Mengumpul harta

    -   Menginsurans aset

    -   Menguruskan hutang

    -   Meneliti dan merancang cara pembayaran cukai

    6. Meneliti dan menilai semula rangka kewangan

    -   Bersandarkan kepada pengalaman anda


Asas insuran







1.      Insuran membantu anda menguruskan risiko dengan mengurangkan  kerugian kepada jumlah wang yang mampu anda tangani.

2.      Untuk menginsurankan sesuatu; ia mestilah bernilai kepada anda dimana kehilangannya berpotensi menyebabkan anda mengalami masalah kewangan.

3.      Insuran yang dibeli haruslah melindungi anda dan keluarga anda semasa dalam kesusahan yang mungkin menyebabkan anda mengalami masalah kewangan.

4.      Terdapat dua jenis insuran iaitu untuk diri anda sendiri dan juga untuk aset anda.


Asas pelaburan












1.      Pelaburan adalah satu cara yang selamat untuk mendapatkan pulangan. Anda akan memperoleh pulangan dari wang yang anda laburkan.

2.      Biasanya, semakin tinggi potensi untuk mendapatkan keuntungan dalam pelaburan maka semakin tinggilah risiko yang terpaksa dihadapi. Untuk mengurangkan risiko tersebut, anda haruslah bijak mempelbagaikan pelaburan anda dari segi jenis pelaburan dan juga tahap risikonya.

3.      Dalam membuat keputusan tentang pelaburan, anda perlulah mengambil kira tentang kedudukan kewangan semasa serta risiko dan juga keperluan keluarga anda.

TIP UNTUK MENINGKATKAN KEWANGAN ANDA














  1. Sentiasa berbelanja mengikut bajet anda.

Bajet dapat membantu anda untuk mencapai impian kewangan yang anda impikan serta membolehkan anda bersedia menghadapi masa kesukaran yang tidak dapat dijangka.

   2. Membayar hutang kad kredit.

Kita sering leka apabila menggunakan kad kredit ini kerana tidak berurus niaga dengan wang tunai. Namun kita haruslah berjaga-jaga, kerana untuk akaun tertunggak akan dikenakan faedah yang tinggi yang boleh mencecah sebanyak 13.5% setahun.

   3. Mempunyai pelan simpanan.

Cuba memperuntukan sekurang-kurangnya 5% atau 10% dari gaji anda untuk simpanan sebelum membayar segala hutang anda.

    4. Memaksimakan segala kemudahan yang disediakan oleh majikan.

Pemeriksaan kesihatan kadang-kala memerlukan wang yang banyak. Maka, kadang-kala agak berbaloi sekiranya anda mendapat kerja yang berpendapatan rendah yang memberikan kemudahan perubatan supaya tidak perlu memperuntukkan wang untuk  membeli insuran yang mahal dan diluar kemampuan mereka.

   5. Menilai semula perlindungan insuran anda

Polisi insuran anda mungkin bertindih-tindih maka anda perlulah memastikan yang anda tidak mempunyai dua insuran dalam satu masa. Cuba pastikan supaya anda tidak perlu membayar lebih untuk insuran anda. Perlu diingatkan satu insuran sahaja sudah memadai untuk melindungi segala kemungkinan yang berlaku.

   6. Sentiasa kekalkan rekod yang baik.

Jika anda tidak kekalkan rekod kewangan yang baik kemungkinan besar anda tidak dibenarkan untuk menuntut cukai pendapatan anda. Pastikan anda merekod segala pemotongan cukai supaya anda peroleh kembali wang anda.

   7. Berbelanja kurang dari apa yang diperolehi.

Berbelanja lebih daripada bajet atau di luar kemampuan yang akan mengakibatkan kedudukan kewangan anda tergugat amatlah tidak digalakkan lebih-lebih lagi masa kegawatan ekonomi.

Misalnya:- Jika anda tidak mampu membeli sebuah kereta Proton Perdana, ianya berbaloi membeli sebuah kereta Proton Waja dan bakinya boleh disimpan dan digunakan dimasa kecemasan

   8. Mencari tawaran.

Terdapat banyak kilang yang menawarkan barang atau produk yang berkualiti serta harga yang lebih rendah. Anda juga boleh melayari laman web mereka yang mengiklankan berbagai tawaran dan diskaun sehingga mencecah 30%.

   9. Jangan beli jika anda boleh meminjam/sewa.

Sesetengah buku boleh didapati di perpustakaan tanpa perlu dibeli dan sama juga seperti video yang boleh disewa di kedai video. Buku juga kadangkala dapat disewa di kedai buku dan anda tidak perlu bersusah payah untuk membeli dan membazirkan wang serta ruang untuk disimpan dirumah.

  10. eSave dalam utiliti

Sesetengah perbelanjaan kadang-kadang tidak boleh dielakkan tetapi anda boleh mengurangkan perbelanjaan tersebut.Contoh :

-          Telefon bimbit, jika anda menggunakan kad pra-bayar ia jauh lebih murah dari menggunakan talian kerana anda dapat mengehadkan penggunaan anda.

-          Tidak menggunakan penghawa dingin dirumah boleh mengurangkan bil bulanan anda sebanyak RM80.

-          Anda juga boleh menjimatkan penggunaan petrol dengan mengamalkan cara pemanduan yang berhemah di jalan raya.

Sumber : http://www.kkk.org.my/melayu/index.php/portal-pengguna/penerbitan/80-risalahbrochure/125-pengurusan-kewangan.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...