Monday, January 16, 2012
Tips Keluarga Bahagia
Ni ada satu artikel mengenai “Tips keluarga bahagia” yang saya kira sangat baik untuk kita ambil manfaat daripadanya :
- Bersama-sama bersolat jamaah , bersama-sama menimba ilmu ALLAH…berdoa bersama2…mengikuti majlis agama dan ilmu bersama..selalulah pergi ke masjid bersama-sama..Jika mendapat ilmu yang bermanfaat, berkongsi lah dengan isteri dan anak2......
- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, dan beriadah bersama-sama….
- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami…
- Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan….
- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri…..
- Isteri yang romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya….
- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan selagi tidak salah di sisi ALLAH…
- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga….
- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu dan berdoa pada ALLAH, agar diberi ilham untuk menyelesaikan secara baik…...
SUMBER : BLOGGER
Labels:
Tips Dan Petua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment