Pernahkah kita terfikir, selama ni kita solat...baca Surah Al-Fatihah, adakah kita hafal maksud/ terjemahan Surah tersebut...tanya pada diri sendiri, Ya Allah betapa jahilnya hamba yg kerdil ini... mmg kadang2 kita baca Surah Al-Fatihah berserta terjemahan, tp ruginya kenapa tak hafal...
Tahniah buat Voice of Ummi yg buat nasyid terjemahan Al-Fatihah ni...at least menyedarkan kita betapa pentingnya memahami sesuatu Surah yg kita baca lebih2 lagi Surah Al-Fatihah....
Jom sama2 hayati nasyid ni :
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
[3] Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan pula (jalan) mereka yang sesat.
No comments:
Post a Comment