Setiap ayat dalam Al-Quran terdapat kelebihan tersendiri, antaranya Surah At-Taubah Ayat 128 -129. Ayat ini harus dibaca terus selama-lamanya secara teratur dan tertib, disertai dengan bekerja dan rajin berusaha, Insya'Allah....
Ayat 128 - 129 Surah At-Taubah (dinamakan juga Ayat Tasbih)
Ertinya "Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri (Nabi Muhammad SAW) yang menjadi sangat berat kepadnya sebaang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu (dan) ia pula menumpukan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad):"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku) tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepadanya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar"
Menurut sebahagian ulama, banyak fadhilat dan faedah bagi sesiapa yang mengamalkan membaca 2 ayat akhir surah At-Taubah ini, antaranya ialah:
- Keperluan hidupnya mencukupi (termasuk rezeki, pakaian dan kediaman)
- Dapat mempermudahkan segala urusannya yang sulit-sulit serta susah
- Menghilangkan perasaan dukacita, resah gelisah dan susah hati
- Sebagai doa mohon panjang umur
- Jika hina menjadi mulia, jika kalah menjadi menang, jika miskin menjadi luas rezeki, jika susah akan menjadi gembira dan jika mempunyai hutang, akan dapat membayarnya.
Kaifiat mengamalkannya:
Amalkan membaca kedua-dua ayat di atas sebanyak 7 kali setiap selepas solat fardhu atau sekurang-kurangnya selepas solat subuh dan maghrib.